Hutan Simpan Kekal Di Selangor Dibuka Semula Untuk Aktiviti 'Hiking' Hujung Minggu Ini
Bermula Sabtu ini (5 Februari), para pendaki kini dibenarkan melakukan aktiviti pendakian dalam Hutan Simpan Kekal di Selangor.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara sejak 1 Disember 2021
Walau bagaimanapun, aktiviti pendakian dalam hutan simpan kekal di Selangor, akan dibuka semula pada hujung minggu ini bermula 5 Februari 2022.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, pembukaan itu membabitkan 18 hutan simpan kekal di dua daerah iaitu Selangor Tengah dan Hulu Selangor.
Begitupun, Gunung Nuang masih ditutup kerana dalam penyelenggaraan susulan musim tengkujuh lalu
Berikut di bawah adalah senarai kawasan yang boleh dikunjungi pelawat mulai hujung minggu ini:
Selangor Tengah
- Gunung Nuang (masih ditutup)
- Gunung Hitam
- Bukit Cenuang
- Air Terjun Sungai Lepoh
- Bukit Saga
- Bukit Apek
- Bukit Broga
- Bukit Kembara
- Air Terjun Ulu Berdik
Hulu Selangor
- Gunung Ulu Semangko
- Bukit Choroko
- Bukit Kutu
- Air Terjun Lata Medang
- Air Terjun Lata Macau
- Air Terjun Setinggi
- Air Terjun Lubuk Kawah
Aktiviti mendaki dibenarkan dengan kebenaran (kebenaran memasuki hutan simpan (mendaki) – Borang 6.
Tambah JPNS lagi, orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti di lokasi terbabit perlu mendapatkan permit memasuki hutan simpan.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 03-55447000/ 7507/ 7337 atau e-mel [email protected].
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang http://forestry.selangor.gov.my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!