Ibu Yang Mengedar Dadah Untuk Menyara Bayi 11 Bulan Maut Ditembak Di Kepala
Sangat menyedihkan. Bayi yang baru sahaja berusia 11 bulan kini tidak lagi beribu.
Kerana Kesempitan Wang, Seorang Ibu Anak Satu Sanggup Mengedar Dadah Untuk Menyara Kehidupan Mereka Berdua
Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.
hmetro.com.myMangsa dipercayai tidak terbabit sepenuh masa dalam aktiviti pengedaran dadah, tetapi hanya mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupannya bersama anak kecil
blogspot.comMenurut Sumber, Mangsa Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Bersama Suami Dan Sedang Dalam Proses Perceraian
Mangsa tinggal di Cheras bersama anaknya manakala suaminya tinggal berasingan kerana mereka di dalam proses bercerai.
hmetro.com.myOrang Awam Menemui Mangsa Berpakaian Penuh Di Sebuah Ladang Kelapa Sawit Di Sungai Pelek Dengan Kesan Tembakan Di Kepala
Mayat wanita berusia 29 tahun yang lengkap berpakaian namun ada kesan tembakan di kepala ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu jam 9 pagi Sabtu lalu (1 Mac) sebelum mereka memaklumkan kepada polis.
blogspot.com