seismik

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abai Anak, Masing-Masing Mengaku Tidak Bersalah

Sementara itu, datuk dan nenek Zayn dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Cover image via The Star & Malaysia Kini

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini

Menurut laporan Berita Harian, mereka dikenakan tuduhan atas kesalahan mengabai dengan kemungkinan menyebabkan kecederaan terhadap Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.

Image via Berita Harian

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Namun begitu, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin berkata anak guam dan isterinya boleh didakwa atas pertuduhan selain di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh kanak-kanak autisme itu.

Sementara itu, datuk dan nenek Zayn dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Mereka ditahan di kawasan Subang Bestari semalam bagi membantu siasatan.

Image via Kosmo!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: