seismik

Ibu Kongsi Anaknya Bergaduh Dengan Anak Cikgu Gara-Gara Diejek 'Cina Bukit'

Zaman sekarang kalau kena buli tak boleh duduk diam je.

Cover image via @nikhajarr (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi cerita mengenai anaknya yang menerima surat amaran daripada sekolah gara-gara menumbuk anak cikgu

Menerusi ciapannya di laman X, wanita bernama Nik Hajar itu berkata punca anaknya bergaduh dengan anak cikgu berkenaan adalah kerana anaknya diejek 'cina bukit'.

"Kisahnya si anak cikgu tu ejek anak sis cina bukit, then anak sis ejek balik, then budak tu tak puas hati, dia lempar bekal sis bagi, ank sis marah terus kejar dia. Since dia anak cikgu, dia lari ke bilik guru and anak sis tumbuk dia depan cikgu-cikgu semua. Budak tu berdarah kat bibir, and cikgu leraikan mereka," katanya.

Image via @nikhajarr (X)

Tersentuh dengar jawapan anak bila cikgu tanya kenapa tumbuk kawan

"Bila cikgu tanya kenapa tumbuk budak tu, anak sis jawab:

"DIA LEMPAR BEKAL IBU SAYA! IBU SAYA BANGUN PAGI2 UNTUK PREPARE BEKAL UNTUK SAYA, DIA LEMPAR MACAM TU JE, ITUKAN REZEKI.

"Cerita ni diceritakan oleh cikgu sambil serahkan surat warning pada sis and guess what, I am so touching dengan jawapan anak sis," katanya lagi.

Walau bagaimanapun, wanita itu tetap memarahi anaknya dan memberi nasihat. Namun, dia juga berpesan jika ada orang cari pasal jangan berdiam diri saja.

Dalam pada itu, seorang cikgu di laman X menyuarakan pendapat bahawa sekolah berkenaan tidak mengikut SOP yang betul sebelum mengeluarkan surat amaran

Menurut cikgu tersebut, langkah pertama yang patut pihak sekolah lakukan adalah merujuk pelajar kepada kaunselor sekolah.

Kemudian, murid perlu menulis surat memohon maaf dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Surat amaran sepatutnya merupakan langkah terakhir yang diberikan kepada pelajar.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: