seismik

Didie Alias, Riena Diana & Haniff Hamzah Diumum Sebagai Hos Rasmi ABPBH36

Gandingan yang mantap!

Cover image via Dania Hamdan (SAYS Seismik)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga selebriti popular, Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos rasmi malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 Oktober ini

Ia diumumkan oleh hos malam sidang akhbar bersama media, iaitu Fizi Ali di Courtyard by Marriott malam tadi, 18 September 2024.

Menurut laporan Berita Harian, Didie Alias atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali mengakui cabaran besar menantinya apabila kembali diberi tanggungjawab mengendalikan malam kemuncak ABPBH 36.

"Digandingkan dengan Riena dan Haniff, cabarannya sudah tentu bagaimana nak sama tara dengan tenaga muda mereka.

"Bagaimanapun, keserasian antara kami semakin dirasakan selepas mengendalikan majlis pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 36 di Courtyard by Marriot Kuala Lumpur South, malam tadi," katanya.

Seramai 36 calon selebriti tanah air raih undian tertinggi keseluruhan setakat ini menerusi ABPBH Ke-36

Antaranya ialah Meerqeen, Siti Nordiana, Aina Abdul, Anna Jobling, Haqiem Rusli dan Khai Bahar, Khairy Jamaluddin atau KJ, Aedy Ashraf, Alif Hadi, Amir Masdi, Bella Hanna, Isyariana, DJ Sonic, Dolla, Janna Nick, Hun Haqeem, Hisyam Hamid, Harissa Adlynn, Fahimi Rahmat dan ramai lagi.

Artis senior seperti Senario, Raja Ema, Raja Azura dan Joey Daud turut memecah dominasi artis muda apabila berjaya tersenarai dalam pencalonan anugerah kali ini.

Menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, ABPBH 36 mengangkat tema Teguh yang membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia

Tema Teguh melambangkan keampuhan acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia, selain mengajak pencinta industri kreatif tempatan meraikan keunikan, kepelbagaian dan kehebatan bakat serta karya tempatan.

Ia selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka yang melambangkan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati diri.

Sebagai rekod, ABPBH36 diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: