seismik

SPRM Dedah Jumpa RM248,443 Bawah Katil Pegawai Imigresen Gred KP19 Di Melaka

Sebanyak RM518,250 pula dijumpai dalam bagasi di bilik tidur pegawai wanita imigresen Gred KP22.

Cover image via Harian Metro & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan penemuan wang tunai hampir RM800,000 di kediaman dua pegawai imigresen bergred rendah dalam serbuan membabitkan sindiket 'counter setting' baru-baru ini

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Azam Baki berkata, dalam beberapa serbuan itu pihaknya menemui wang tunai sebanyak RM518,250 dalam bagasi di bilik tidur pegawai wanita imigresen Gred KP22 di kediamannya di Pahang.

Manakala, wang tunai berjumlah RM248,443 pula ditemui di bawah katil bilik utama pegawai imigresen lelaki Gred KP19 di di kediamannya di Melaka.

Image via Sinar Harian

"Jumlah wang tunai itu adalah sebahagian daripada RM1.49 juta wang tunai yang disita terhadap penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket 'counter setting'.

"Sepanjang operasi ini, SPRM turut menyita wang tunai sebanyak AS$9,900 (RM41,990) serta 5,470 Baht (RM696)," katanya.

Sebanyak 27 keping dinar emas seberat 575.75 gram dengan anggaran nilai melebihi RM200,000 turut disita

"Turut disita ialah lebih 75 barangan kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket dan subang selain 12 jam tangan pelbagai jenama," katanya lagi.

Image via Sinar Harian

Difahamkan, dinar emas berkenaan disita di kediaman seorang lagi pegawai imigresen Gred KP22 di Negeri Sembilan.

Sepanjang operasi terbabit, pihaknya menyita 22 unit kenderaan membabitkan sembilan kereta dan 13 motosikal.

Susulan itu, SPRM turut membekukan sebanyak 215 akaun bank milik 16 syarikat dan 84 individu dengan nilai pembekuan melebihi RM3.6 juta.

Modus operandi 'counter setting' adalah sindiket yang mempromosi pakej untuk masuk ke Malaysia menerusi platform media sosial seperti Facebook, Telegram dan aplikasi media sosial lain

Menurut beliau, ejen akan menghubungi pegawai imigresen melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan tarikh yang sesuai membolehkan kumpulan warga asing datang ke Malaysia sebagai pelancong.

Kemudian, pegawai imigresen terbabit akan memberi 'green light' jika tarikh berkenaan sesuai.

"Ejen atau sindiket akan memberikan butiran pasport dan gambar kumpulan warga asing yang akan tiba menerusi WhatsApp kepada pegawai imigresen terbabit.

"Pegawai itu akan memberikan maklumat nombor 'kaunter khas' yang perlu dituju oleh kumpulan warga asing untuk pelepasan masuk ke Malaysia," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: