seismik

Remaja OKU Dipuji Ramai, Cari Rezeki Halal Dengan Jual Air Berperisa - "Awak Hebat!"

Sebak pula tengok.

Cover image via @trulynogori9 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, bukan semua orang berpeluang mendapat kerja dengan mudah walaupun sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi

Sebenarnya, rezeki setiap orang sudah tertulis di tangan Allah SWT. Namun begitu, kita perlu rajin mencari rezeki yang halal agar kehidupan lebih diberkati.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang remaja kurang upaya (OKU) mendapat perhatian ramai apabila dia menjual air berperisa dengan hanya menaiki motosikal.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @trulynogori9, kelihatan remaja OKU yang dikenali sebagai Aniq itu menjual air berperisa dan menjalankan perniagaannya setiap hari di sekitar Seremban dan Senawang, Negeri Sembilan.

Walaupun dia mempunyai kekurangan, namun Aniq tetap tidak patah semangat untuk mencari rezeki yang halal. Malah, dia sangat murah dengan senyuman. 

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah 3.2M tontonan di TikTok, rata-rata netizen kagum dengan semangat Aniq dan memujinya

Lihat video di bawah:

@trulynogori9 Abang Jual Air atas motor. Korang Jumpa aniq nanti support ye. @Aniq Fitri #trulynogori9 #abangrider #abangjualair #seremban original sound - TRULYNOGORISEMBILAN

Terharu tengok kesungguhan dia nak jual air tu, semoga perniagaan awak berjaya Aniq!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: