seismik

Dua Beradik Naik Podium, Kalahkan 15 Negara Lain Dalam Sukan Memanah Berkuda Di Perancis!

Hebat sungguh!

Cover image via @fathimridayu (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan dua beradik terbang ke Perancis untuk bertanding dalam sukan memanah berkuda telah mencuri tumpuan ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fathimridayu, kelihatan adik-beradik yang bernama Abdurrahman dan Heba Nursaybah itu bersaing dengan wakil dari 15 negara lain antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat dan Ireland.

Difahamkan, mereka berdua bertanding di Europian Kids Championship 2024 di Gauchoux, Perancis. Abdurrahman, juara keseluruhan kategori U14 dan adik perempuannya, Heba Nusaybah, naib juara kategori U12.

Apa yang membuatkan ramai kagum adalah apabila kedua-dua mereka berjaya naik ke podium dan mengalahkan peserta lain yang hebat-hebat belaka.

Ibu dedah tiada tajaan daripada mana-mana pihak, hanya guna duit simpanan sendiri dengan hasil berniaga demi kejayaan anak-anak

Susulan tularnya video tersebut, ada netizen bertanya sama ada mereka pergi ke sana sendiri atau ditaja oleh kerajaan.

Menurut ibu mereka, hanya dia dan dua anaknya itu saja yang pergi ke Perancis. Malah, mereka memang mengeluarkan kos secara sendiri.

"Ya tajaan sendiri, pergi bertiga saja, saya lah manager, sayalah coach mereka. Dana atuk nenek sumbang sikit, jual kuih raya sikit utk kumpul dana. Negara France kosnya amat lah tinggi, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa nak sangat ke Championship di Eropah ni walaupun mahal? Sebab juara-juara dunia dalam sukan memanah berkuda mostly dari France. Nak belajar at the same time.

"Team negara lain sampai-sampai airport, ada kenderaan yang menjemput. Kami naik public transport je sbb nak berjimat. Dari airport Paris ke bandar Limoges naik bas 5 jam. Dari Limoges ke bandar Bellac naik train lagi sejam. Angkutlah bag-bag semua 3 beranak.

"Lokasi pertandingan jauh dari Bandar Paris. Jaraknya macam KL dengan Perlis. Makan pun bawa ready-to-eat food dari Malaysia. Punya nak berjimat. Kalau makan makanan yang urusetia sediakan, kena bayar €40 sehari/pax. Dalam RM200 seorang. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Pengalaman yang mahal tapi berbaloi," katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bangga dengan kejayaan mereka

Lihat video di bawah:

@fathimridayu

Alhamdulillah.. Abdurrahman juara keseluruhan U14 daripada 3 format yang dipertandingkan; FFE Raid233, FFE Tower60 & Hunt Track. 16 buah negara (Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat, Ireland dan Malaysia) dengan lebih 110 pesaing. Wakil Malaysia: Abdurrahman (U14) - Juara Heba Nusaybah (U12) - Naib Juara #equestrianarchery #memanahberkuda #horsebackarchery #arbaequestrianarchery

suara asli - Asyifa tri hendrianda - user57835527164
@fathimridayu

Replying to @Ady Ya tajaan sendiri, pergi bertiga shj, saya lah manager, sayalah coach mereka ..Dana atuk nenek sumbang sikit, jual kuih raya sikit utk kumpul dana... Negara France kosnya amat2 lah tinggi, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa nak sangat2 ke Championship di Eropah ni walaupun mahal? Sbb juara2 dunia dalam sukan memanah berkuda mostly dari France. Nak belajar at the same time. Team negara lain sampai2 airport, ada kenderaan yang menjemput. Kami naik public transport je sbb nak berjimat. Dari airport Paris ke bandar Limoges naik bas 5 jam. Dari Limoges ke bandar Bellac naik train lagi sejam. Angkutlah bag2 semua 3 beranak . Lokasi pertandingan jauh dari Bandar Paris. Jaraknya macam KL dengan Perlis. Makan pun bawa ready-to-eat food dari Malaysia. Punya nak berjimat Kalau makan makanan yang urusetia sediakan, kena bayar €40 sehari/pax. Dalam RM200 seorang . Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Pengalaman yang mahal tapi berbaloi.

original sound - FathimRidayu - FathimRidayu

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: