seismik

Berang Kerana Barang Kemasnya Hilang, Ibu Libas 3 Anak Sendiri Guna Pisau Pemotong Daging

Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah pangsapuri di Penampang, Sabah.

Cover image via Harian Metro

Seorang ibu telah melibas tiga anaknya berusia 10, 12 dan 15 tahun dengan pisau pemotong daging kerana berang barang kemas miliknya hilang

Memetik laporan Harian Metro, ibu terbabit yang dikatakan berang telah bertindak melibas pisau pemotong daging sehingga mencederakan tiga anaknya. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah pangsa di Ketiau, Putatan sekitar jam 7 malam semalam.

Image via Harian Metro
Image via Harian Metro

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan hanya cedera di tangan, manakala seorang lagi yang berumur tujuh tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, suspek telah meminta semua anaknya mencari cincin dan seutas gelang tangan yang dipercayai hilang sejak Ahad lalu

"Selepas gagal menemui semua barang kemas itu, mangsa dikatakan marah lalu mengambil pisau pemotong daging dan melibas-libas ke arah empat anaknya dengan tujuan ada anak mengaku mengambil barang kemas suspek," kata beliau.

Image via Harian Metro

"Akibat kejadian itu, tiga anaknya terkena libasan di bahagian tangan dan seorang lagi tidak cedera.

"Semua mangsa kemudian melarikan diri dan meminta bantuan jiran untuk mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia Taman Ketiau," ujarnya lagi.

Susulan dari kejadian itu, Mohd Haris berkata polis telah menahan wanita berusia 34 tahun itu di rumahnya pada jam 10 malam hari sama

"Polis turut merampas sebilah pemotong daging dipercayai digunakan ketika kejadian itu," kata beliau.

Image via Harian Metro

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kes dera anak nampaknya makin berleluasa:

Tak minat kes jenayah? Boleh baca dua lagi artikel mesti kongsi di bawah:

You may be interested in: