[VIDEO] 15 Iklan Raya 2017 Yang Sarat Dengan Emosi Suka Duka & Lain Daripada Biasa
Segalanya sebati dengan perasaan dan emosi.
1. Tenaga Nasional Berhad (TNB) - #DugaanRaya
Macam-macam dugaan yang Aida perlu tempuhi. Daripada kekangan kerja, cabaran nak cari duit lebih, beli baju raya untuk adik-adik, tertinggal tiket bas, tertinggal beg, dan macam-macam lagi.
Dapat tak Aida beraya di kampung?
2. Hypp Inspirasi - #PengorbananAyah
Seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak. Sebagai anak, pengorbanan ayah haruslah kita hargai dan tidak boleh dilupa.
Tapi kalau terkena macam dalam iklan ni, redha jelah ya.
3. Maxis - Wayang Sayang
Betul-betul sayang atau sekadar wayang? Segalanya berubah hanya kerana sebuah kamera buruk ayah.
4. Celcom - #MakKata
Tiga beradik terjumpa sepucuk surat lama daripada mak yang mengandungi resipi rahsia turun-temurun. Mereka bertiga berusaha menghasilkan resipi tersebut untuk mengembalikan memori masakan mak yang kian dirindui.
Jadi atau tidak hidangan yang dimasak tu?
5. Digi - Kasih Sayang Duit Raya Terbaik
Hati rasa terbeban bila tengok adik, abang, dan kakak semua beli macam-macam untuk mak ayah, sedangkan diri sendiri langsung tak beli apa-apa.
Tapi, tiada apa yang lebih berharga selain kasih sayang.
6. CIMB - LINAH
Antara video raya yang paling banyak tontonan di YouTube, hampir 860,000 ketika artikel ini ditulis. Superhero pun nak balik raya jugak taw!
7. Bank Simpanan Nasional (BSN) - Selamat-kan Hari Raya
Bila tiba musim raya, kawasan perumahan jadi sunyi sepi sebab semua orang balik kampung. Bagi yang tak balik, mereka lah yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan, macam apa yang Raj dan Chong buat.
8. Telekom Malaysia (TM) - Misteri Di Kampung Batu 311
Macam-macam misteri di Kampung Batu 311. BIla ada masalah, mesti ada orang selesaikan. Tapi tak ada orang tahu siapa yang buat. Budak-budak kat kampung cakap ini semua kerja Batman!
9. TV3 Malaysia - #TerimaKasih
Selepas kehilangan bapa, hidup keluarga ini jadi tak tentu arah sehingga ibu sanggup melakukan dua kerja demi menyara anak-anak. Pelbagai cabaran lagi yang perlu mereka tempuhi bersama.
10. Astro - Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah
Diinspirasi daripada kisah benar, si ayah bagaikan terlupa pada janji untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa dan menjadi yang terbaik untuk anak. Sehingga satu detik, baru si ayah sedar bahawa anaknya itu istimewa.
11. U Mobile - Maafkan Kami
Nostalgia ladu dendangan P Ramlee berjudul 'Maafkan Kami' dikembalikan menerusi video raya kali ini. Kyoto Protocol berjaya menyampaikan lagu ini dalam nada santai. Yang penting, lirik tu memang kreatif.
12. Malaysia Airlines - #RayaAroundTheWorld
"Dunia ini tercipta untuk kita menjadi lebih erat."
Berbeza budaya, berbeza negara, tetapi Islam tetap sama. Lihat bagaimana umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya dengan cara yang unik.
13. PETRONAS - Donut ke Karipap?
Lumrah menjadi kanak-kanak, bukan mudah untuk berpuasa penuh sebulan. Sampai tengok benda lain pun boleh terbayang makanan. Sangat santai dan kelakar!
14. MYNIC - #lagilagibahuluemak
Sebelum ini, kita dapat lihat Adam cuba sedaya upaya untuk memajukan perniagaan bahulu emaknya. Tapi sekarang, Adam dah pun mendirikan rumah tangga dan tak macam dulu lagi. Adam sering mengabaikan emaknya, sehingga memaksa si emak lakukan apa sahaja untuk bertemu anak tunggalnya itu.
Sediakan tisu. Sebak sangat. :'(