seismik

Kami Rasa Iklan Raya 'Biru' Ini Terlajak Kreatif, 'Plot Twist' Dia Memang Tak Boleh Teka!

Inilah yang dipanggil 'think outside the box'.

Cover image via Graph Studio / Facebook

Tahun demi tahun, kita dapat lihat iklan Raya semakin berkembang dari segi kreativiti dan inovasi

Image via unifi / YouTube

Mungkin kalau dulu, iklan Raya pasti menyelitkan elemen sedih seperti keibubapaan, kekeluargaan, kisah anak-anak yang tidak pulang ke kampung, dan beberapa lagi elemen yang menusuk kalbu.

Tapi kini, trend tersebut nampaknya telah sedikit demi sedikit ditinggalkan. Penggiat seni tanah air dilihat lebih memilih jalan yang lebih kreatif dan lebih banyak menyelitkan unsur-unsur komedi segar, jalan cerita menarik, dan elemen out of the box.

Untuk tahun 2018, satu iklan Raya yang betul-betul mencuri perhatian ialah iklan berjudul 'Biru' yang dihasilkan oleh Graph Studio

Jika dilihat dari sudut kreativiti, iklan ini boleh dijadikan salah satu contoh terbaik.

Mana tidaknya, iklan 'Biru' ini langsung tidak memaparkan suasana permai di desa, keriangan kanak-kanak menyambut Hari Raya, kesedihan anak muda tidak dapat pulang ke kampung, elemen keibubapaan, dan lain-lain unsur yang dianggap tipikal.

Iklan ini hanya berkisar tentang si 'Biru' yang malang

"Diri aku macam tidak berharga. Aku tahu aku tak sama macam yang lain."

Begitulah keluhan Biru di awal video. Biru selalu menganggap dirinya tidak berharga kerana sering disisih dan dilupakan oleh orang-orang sekeliling.

Biru sedar dirinya tidak sama dan lain daripada yang lain, namun itu tidak bermakna dia patut ditinggalkan.

Biru sunyi, Biru rasa tidak dihargai, sehingga menimbulkan kebencian terhadap warna kulitnya sendiri

"Aku benci kulit biruku, yang membuatkan hidupku haru biru."

Keadaan bertambah sedih apabila Biru yang keseorangan melihat ramai orang memuja si Ungu dan tiada siapa mahu mendekati dirinya.

Menurutnya, manusia kini hidup dalam dunia plastik, iaitu dunia yang menilai seseorang berdasarkan warna kulit. Yang Ungu diperjuangkan, yang Biru disisihkan.

Kerana terlalu sedih, Biru menganggap tidak akan ada seorang pun yang mencari dirinya sekiranya dia hilang

"Aku yakin, kalau satu hari aku hilang, takkan ada sesiapa yang bersedih atau mencari aku."

Namun begitu, kisah hidup Biru yang malang menemui plot twist di akhir video yang membuatkan semua orang mencari dirinya.

Walau bagaimanapun, Biru yang selama ini ditinggalkan tetap tidak endah dan berkata sekarang semuanya sudah terlambat.

Jadi, siapa sebenarnya Biru? Bagaimana Biru yang malang pada mulanya boleh menjadi buruan orang ramai di akhir cerita?

Saksikan video penuh Biru di bawah:

[Original Short Film] Biru

Filem biru untuk mengatasi Monday blues. #BlueLivesMatterToo A film by Derrik Yaw. Conceptualized and written by Mo Nazmi Ahmad Special credit mention to the undying support from Brad Chai of Black Candy Production for helping us to storyboard the film.

Posted by Graph Studio on Sunday, May 20, 2018

Filem pendek ini merupakan arahan Derrik Yaw dan ditulis oleh Mo Nazmi Ahmad.

Serius kreatif gila. Terbaik Graph Studio! #bluelivesmattertoo

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau tahun lepas, video Aida ini yang paling hype sekali. Masihkah kau ingat?

Jom layan iklan-iklan Raya lama yang legendary!

You may be interested in: