Iklan Raya Ini Tampil Kisah Benar Sarat Mesej & Sentuh Emosi Penonton
Diangkat daripada kisah benar rakan sebaya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri
Malah, iklan raya ini sudah menjadi satu eleman penting setiap kali tibanya Syawal. Menariknya, iklan raya ini juga memaparkan jalan cerita tersendiri seperti diangkat daripada kisah benar dan isu semasa selain menampilkan barisan pelakon terkenal.
Sama seperti iklan raya berjudul Nak Ikut ini yang diinspirasi daripada kisah benar rakan sebaya pengarah iklan raya ini iaitu Dzulkifli Shaari.
Kisah cerita pendek ini penuh dengan mesej tersirat, terutamanya tentang keluarga, dunia yang sementara, dan sedekah untuk pahala berterusan.
Tonton video penuh iklan raya Nak Ikut di bawah:
Iklan raya Nak Ikut yang dibawakan oleh Bank Muamalat ini sudah mencecah jutaan tontonan di semua platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan Instagram
Nak Ikut mengisahkan tiga beradik yang sudah kehilangan kedua ibu bapa dan tinggal bersama nenek mereka.
Kisah menjadi tragis apabila adik kepada Hamidi iaitu Zaid meninggal ketika dalam perjalanan mencari abangnya yang pergi ke kedai membeli baju raya.
Lebih menarik lagi, iklan raya ini mempunyai OST atau runut bunyi dinyanyikan oleh Ezad Lazim yang bertajuk Dekat Semula. Lagu ini hasil ciptaan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.
Walaupun boleh dikatakan antara newcomers yang masih baru dalam dunia PSA Raya, iklan raya ini berjaya menyentuh hati dengan penceritaan yang berkesan dan mesej yang mendalam.
Tonton juga video penuh OST Nak Ikut dinyanyikan oleh Ezad Lazim yang bertajuk Dekat Semula di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!