seismik

Ikrar Rukun Negara Buat Pertama Kalinya Dilafazkan Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Langkah bersejarah itu untuk memupuk semangat perpaduan dan menghakis kebencian serta rasis dalam kalangan rakyat Malaysia.

Cover image via Parlimen Malaysia/YouTube

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung kalinya, lafaz ikrar Rukun Negara secara penuh bermula daripada mukadimah dibaca di Dewan Rakyat hari ini

Bacaaan ikrar tersebut diketuai oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin dan diikuti oleh seluruh warga Parlimen Malaysia.

Menerusi laporan Bernama, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian berkenaan susulan kelulusan Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023 agar Rukun Negara dilafazkan secara penuh.

“Langkah bersejarah ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan menghakis kebencian serta rasis dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin mengetuai bacaaan ikrar tersebut dan diikuti oleh seluruh warga Parlimen Malaysia.

Image via Parlimen Malaysia/YouTube

Tambah Aaron lagi, dalam negara yang berbilang kaum dan budaya seperti Malaysia, keharmonian antara rakyat merupakan kunci kepada kemajuan serta kestabilan, justeru itu penting bagi semua pihak menghayati dan mengamalkan nilai yang terkandung dalam budaya Rukun Negara.

“Saya ingin menyeru kepada semua warga Malaysia untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini dengan penuh semangat dan kesungguhan serta sama-sama menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada dunia dalam memupuk perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya.

Untuk rekod, berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Tonton video bacaan ikrar Rukun Negara tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: