Imigresen Larang Orang Ramai Sunting Gambar Guna AI Untuk Permohonan Pasport

Pemohon boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150).

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & @imigresenmy (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melarang penggunaan imej janaan kecerdasan buatan (AI) pada gambar pasport

Menerusi sebuah hantaran JIM di laman sosialnya, jabatan tersebut mengingatkan orang ramai tindakan tersebut dianggap sebagai kesalahan serius.

"Penggunaan foto AI, foto dijana atau diubah suai serta maklumat palsu bagi permohonan Pasport Malaysia adalah satu kesalahan serius.

"Pemohon hendaklah memastikan foto yang dikemukakan adalah foto asli dan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia," menurut hantaran tersebut.

Tegas JIM, sebarang gambar atau maklumat palsu yang dikenal pasti diberikan boleh menyebabkan permohonan ditolak di samping pemohon boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150).

SAYS.com
Image via Traveloka

Terdapat kes melibatkan penggunaan gambar AI oleh pemohon dipercayai ingin memperbaiki penampilan diri

Menerusi laporan Awani, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan, pihaknya telah berjaya mengesan lebih tiga kes melibatkan penggunaan gambar AI oleh pemohon dipercayai mahu menyunting penampilan diri di dalam gambar.

"Kita ingin tegaskan supaya pemohon pasport tidak menggunakan gambar menggunakan teknologi AI.

"Mungkin dia nak gambar cantik, yang gelap jadi cerah, yang kurang handsome nak bagi handsome. Tetapi kita ada kepakaran di peringkat pegawai yang memproses dan mereka boleh bezakan.

"Kita akan detect apabila pemohon datang untuk kutipan pasport," katanya.

SAYS.com

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban

Image via New Straits Times

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: