Imigresen Tak Boleh Ambil Tindakan Jika Rohingya Ada Kad UNHCR, Ini Sebabnya
Penjelasan itu turut memberi gambaran bahawa status pemegang kad UNHCR dan PATI adalah berbeza dari sudut penguatkuasaan imigresen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Etnik Rohingya yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak boleh dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI)
Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap golongan berkenaan atas kesalahan imigresen sekiranya mereka sah memiliki kad UNHCR.
Menurut beliau, pemegang kad berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan atas kesalahan seperti tinggal lebih masa atau tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pas yang sah.
"Rohingya tidak sama dengan PATI. Mereka yang memiliki kad UNHCR tidak boleh diambil tindakan atas kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.
BBagaimanapun, mereka tetap tertakluk kepada undang-undang lain yang dikuatkuasakan oleh agensi penguatkuasaan lain," katanya.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban
Image via FMTDalam masa sama, Zakaria mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak sendiri sekiranya mengesan atau mempunyai maklumat berkaitan PATI
Sebaliknya, sebarang maklumat mengenai perkara itu perlu disalurkan kepada Jabatan Imigresen bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut saluran yang betul.
"Penguatkuasaan Imigresen adalah berasaskan aduan, risikan dan maklumat awam. Semua maklumat dan aduan yang diterima akan disiasat.
"Namun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa," katanya.

Penjelasan itu turut memberi gambaran bahawa status pemegang kad UNHCR dan PATI adalah berbeza dari sudut penguatkuasaan imigresen.
Pada masa sama, pemegang kad UNHCR bukan bermakna mereka bebas daripada undang-undang kerana kesalahan lain masih boleh diambil tindakan oleh agensi penguat kuasa yang berkaitan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via