Implan Buah Pinggang Babi Cipta Rekod Berfungsi 271 Hari Dalam Badan Pesakit Lelaki
Difahamkan, ia merupakan rekod baharu perubatan untuk xenotransplantation.
Cover image via Kate Flock/Massachusetts General Hospital / BBCFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik didapati berfungsi dalam pesakit berusia 66 tahun selama 271 hari
Perkara ini mencatat rekod baharu untuk xenotransplantation, menawarkan potensi talian hayat sementara untuk pesakit yang menunggu pemindahan organ manusia.
Pembedahan yang inovatif itu telah berlangsung pada 25 Januari 2025 di Hospital Mass General Brigham, menurut BBC.

Penerima, Tim Andrews, menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir yang disebabkan oleh diabetes jenis 2
Berdepan dengan senarai menunggu tujuh tahun di samping realiti suram bahawa pesakit dialisis hanya bertahan selama lima tahun secara purata, dia memilih untuk menjalani prosedur eksperimen ini.
"Saya mempunyai masa yang suntuk ianya menjadi sangat menyedihkan," kata Andrews.
Dia menyifatkan organ babi itu sebagai sebuah harapan. "Harapan adalah perkara yang paling besar, peluang untuk bebas daripada mesin (dialisis) dan menjalani hidup," tambahnya.
Buah pinggang penderma berasal daripada babi Yucatan yang dibangunkan dengan 69 pengubahsuaian genomik. Perubahan ini memanusiakan organ tersebut, menanggalkan ciri-ciri yang mencetuskan serangan imun sambil melumpuhkan virus terpendam yang tersembunyi dalam DNA babi. Tanpa suntingan penting ini, tubuh manusia akan memusnahkan tisu asing dalam beberapa minit.

Walaupun doktor berjaya mengesan tanda-tanda awal penolakan dengan melaraskan ubat Andrews, buah pinggang yang dipindahkan itu akhirnya gagal berfungsi
Sekitar enam bulan selepas pembedahan, saluran darah buah pinggang mengalami kerosakan, menyebabkan keradangan dan akhirnya menyebabkan organ itu gagal pada bulan Oktober.
Selepas buah pinggang babi itu dialihkan, Andrews menghabiskan 82 hari dialisis sebelum akhirnya menerima buah pinggang penderma manusia pada Januari. Organ baharu itu kini berfungsi dengan baik.
Prosedur ini mengetengahkan xenotransplantation sebagai alternatif penting apabila berlakunya kekurangan organ
Dr Leonardo Riella dari Centre for Transplantation Sciences di Mass General Brigham menjelaskan tentang keperluan tersebut, sambil merujuk kepada 100,000 individu yang sedang menunggu buah pinggang di AS, dengan berkata, "Kita berada dalam krisis".
"Kami sedang berusaha keras untuk membawa harapan dan kami benar-benar merasakan bahawa xenotransplantation boleh menjadi alternatif untuk pesakit yang tidak mempunyai penderma hidup di mana kami berpotensi memintas dialisis dan membawa mereka ke pemindahan," tambah Riella.
Satu laporan baru-baru ini dalam The Lancet memperincikan penemuan tersebut. Penulis menyimpulkan, "Kes ini menggambarkan kedua-dua potensi dan cabaran selebihnya bagi xenotransplantation buah pinggang klinikal."
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


