seismik

In Saff Travel Tawar Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai RM100,000 Sempena Ulang Tahun Ke-10

In Saff turut menawarkan hadiah tiga buah kereta sempena sambutan ulang tahun syarikat itu ke-10.

Cover image via In Saff Travel & Tours Sdn Bhd (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, agensi pelancongan umrah, In Saff Travel & Tour Sdn. Bhd. (In Saff Travel) menawarkan hadiah bernilai RM100,000 termasuk tiga buah kereta sempena sambutan ulang tahun syarikat itu ke-10

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan sepanjang dekad pertama operasi mereka, In Saff Travel melancarkan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan.

Difahamkan, cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pelanggan yang mendaftar dan menunaikan ibadah umrah bersama In Saff Travel dari Julai 2024 hingga Disember 2025.

Untuk rekod, acara Saudi Travel Fest yang berlangsung di IOI Mall Putrajaya ini telah dianjurkan oleh pihak Saudi, bertujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan dan umrah ke Arab Saudi, namun kehadiran In Saff Travel dengan tawaran eksklusif mereka telah menambah lagi keterujaan para pengunjung.

Pelancaran cabutan bertuah ini juga bukan sahaja menjadi kemuncak kepada Saudi Travel Fest, tetapi juga sebagai simbol kejayaan dan komitmen In Saff Travel dalam industri pelancongan umrah.

Dalam tempoh 10 tahun sejak penubuhannya, In Saff Travel telah berjaya membina reputasi yang kukuh sebagai penyedia perkhidmatan umrah yang dipercayai.

Agensi ini dikenali dengan perkhidmatan cemerlang yang memastikan perjalanan umrah berjalan lancar tanpa sebarang masalah, termasuk dalam aspek penerbangan, penginapan, dan keseluruhan pengurusan di Arab Saudi.

Rekod perkhidmatan yang konsisten ini menjadi faktor utama mengapa ramai jemaah umrah di Malaysia memilih untuk menggunakan khidmat In Saff Travel.

Cabutan bertuah akan dijalankan menerusi tiga sesi berbeza bermula pada Januari depan

Menurut pengasas bersama In Saff Travel, Mohd. Fahmi Mohd Nawi, setiap sesi melibatkan cabutan utama tiga buah kereta model Proton Saga yang terbuka kepada mereka yang mendaftar pakej umrah bersama syarikat itu.

"Ini adalah kami pertama program cabutan bertuah ini diadakan sempena ulang tahun syarikat yang ke-10 termasuk hadiah lain seperti motosikal, jongkong emas dan pakej menunaikan umrah.

"In Saff Travel mahu menghargai mereka yang memilih pakej umrah kami sama ada mampu milik atau premium bagi membolehkan segenap lapisan masyarakat menunaikan ibadah dengan bajet mengikut kemampuan," katanya.

Dari kanan; Mohd Aswadi Ali, Mohd Fahmi Mohd Nawi, Ahmad Falaahuddiin Jasni dan Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed.

Image via In Saff Travel & Tours Sdn Bhd (Facebook)

Dalam pada itu, Mohd Fahmi berkata, promosi Istimewa pakej pelancongan dan umrah turut ditawarkan pada harga ‘super jimat’.

“Kami menyediakan pelbagai pakej yang disesuaikan untuk semua genap lapisan masyarakat yang berbeza status ekonomi. Jadi tiada lagi alasan untuk tak tunaikan umrah kerana kami sediakan semua jenis pakej. Pakej paling murah dan laris ketika ini ialah pakej umrah bernilai RM4,970 untuk sembilan hari dan tujuh malam.

"Bagi mereka yang inginkan pengalaman umrah yang lebih mewah, agensi ini turut menyediakan pakej eksekutif yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit, menawarkan perkhidmatan premium yang memenuhi keperluan pelanggan yang lebih eksklusif," kongsinya.

Sebagai rekod, In Saff Travel telah ditubuhkan pada 1 Disember 2014 kini mempunyai 32 cawangan di seluruh Malaysia kecuali di Sarawak dan Perlis.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej umrah yang ditawarian oleh In Saff Travel & Tours Sdn Bhd, anda boleh sahaja layari laman web mereka https://www.insafftravel.com.my atau hubungi hotline 011-3127 4002.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: