Individu Kongsi Keadaan 'Baby Chair' Di Restoran Buat Ramai Geli - "Rela Riba Anak Je"
Ya Allah, teruk sangat tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baby chair di kedai makan adalah menjadi keperluan bagi mana-mana pasangan yang mempunyai anak kecil
Setiap restoran perlu menyediakan baby chair sebagai kemudahan bagi ibu bapa supaya mereka tidak perlu mendukung anak sepanjang masa dan boleh menikmati makanan dengan lebih tenang.
Namun begitu, kebersihan juga perlulah dijaga. Tambahan pula bayi yang dalam fasa suka mengutip, menjilat atau memegang semua kawasan yang berpotensi banyak bakteria.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi keadaan baby chair di sebuah kedai makan yang dikunjunginya telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh individu berkenaan, kelihatan dia sedang membersihkan baby chair yang sangat kotor dan berkerak di kedai makan itu menggunakan tisu basah.
Apa yang menjadi bualan ramai adalah mereka mempersoalkan tindakan dan common sense pihak restoran yang seolah-olah tidak pernah langsung mencuci baby chair itu.
"Kedai makan, korang tolong la jaga bab ni. Kotor sangat-sangat ni, kalau bersihkan betul-betul lepas customer pakai, takkan jadi sampai macam ni.
"Nak lap jangan la pakai kain buruk yang tak cuci and tak bersabun, kain yang bau hanyir. Ni berkaitan dengan kebersihan tau. Baby dan kanak-kanak bawah 2 tahun duduk dalam ni, boleh buat baby sakit," katanya.
"Auto tak jadi makan kat kedai ni kalau udah gitu rupa kerusi baby" - Netizen
Sementara itu, ramai meluahkan rasa jijik selepas melihat keadaan baby chair di restoran tersebut.
Malah, ada yang mencadangkan supaya membawa kerusi bayi sendiri dari rumah demi memastikan kebersihan dan keselamatan anak mereka.
Ish, kalau macam tu rupa baby chair memang tak sampai hati nak letak anak. Pihak restoran mohon take note!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!