Ingat Belon Biasa, Pemandu Bot Terkejut Jumpa Duit Terapung Di Tasik

Ini ke yang dimaksudkan rezeki dari langit?

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemandu bot terkejut apabila menemui beberapa biji belon yang terapung di sebuah tasik sebelum menyedari ada wang tunai tergantung padanya

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @socialfeed_id, lelaki berkenaan pada awalnya dilihat sedang duduk di atas bot sebelum ternampak beberapa belon bersama banner terapung di permukaan air.

Curiga dengan objek berkenaan, dia kemudian menghampirinya untuk melihat dengan lebih dekat.

SAYS.com
Image via @socialfeed_id (Instagram)

Rupa-rupanya, belon tersebut diikat dengan tali yang mempunyai sejumlah wang kertas tergantung padanya

SAYS.com
Image via @socialfeed_id (Instagram)

Wang yang ditemukan terdiri daripada denominasi 5,000 rupiah (RM1), 10,000 rupiah (RM2) dan 20,000 rupiah (RM5).

Rakaman itu kemudian tular dan mencatatkan lebih 534,000 tontonan, selain mengundang pelbagai reaksi netizen.

"Definisi sebenar rezeki turun dari langit. Rezeki," kata seorang pengguna.

Lihat video di bawah:

Instagram will load in the frontend.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: