"Ingat Dah Bayar Pakai Wang Kertas, Tengok-Tengok Daun" - Pemandu Grab 'Dipukau' Nenek Tua
Berhati-hati pemandu-pemandu Grab di luar sana!
Pada zaman moden ini jangan terasa pelik sekiranya kejadian pukau berlaku pada seseorang
Pukau atau dalam bahasa Arabnya, as-sihru atau sihir, bermaksud sesuatu benda yang mampu memukau orang. Dalam al-Quran disebut `saharu a' yunan nas', bermaksud mereka menyihir pandangan mata manusia. Sebab itulah, pukau adalah salah satu bentuk sihir.
Ilmu pukau sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah yang mana bertujuan meletakkan mangsa untuk berada dalam keadaan separa sedar memudahkan penjenayah mengambil kesempatan seperti melarikan wang dan barang kemas mangsa.
Pukau boleh berlaku dalam pelbagai cara seperti hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, bersalaman, melalui angin, menepuk belakang dan lain-lain.
Amalan pukau juga dikaitkan dengan penggunaan perantara iaitu jin. Sama ada orang yang mengamalkan itu sedar ataupun tidak, hakikatnya ia sudah terikat dengan jin menerusi mentera-mentera yang dibaca.
Maka mentera-mentera ini akan `menjadi' selepas ditiup ayat tertentu atau disentuh kepada seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan separuh sedar dan mengikut segala kehendaknya.
Seorang pengguna Twitter, @Nadnarcotic telah berkongsikan kisah tentang suaminya yang bekerja sebagai pemandu Grab dipukau oleh seorang nenek tua. Nenek tua tersebut telah membayar tambang pengangkutan itu dengan daun dan bukan wang ringgit.
Baca perkongsian tersebut di bawah:
Suami saya buat Grab hari ini. Apabila dia pulang, dia beritahu saya tentang daun-daun ini. Daun-daun ini sepatutnya merupakan wang untuk tambang. Suami saya yakin bahawa dia menerima wang sebenar tetapi ketika dia memeriksa dompetnya, itu bukan wang. Terdapat 8 daun mewakili tambang RM8.
Dan dia merasakan ada yang tidak kena pada pelanggannya itu. Pelanggannya itu mungkin warga Indonesia berdasarkan caranya bercakap. Saya tidak pasti sama ada dia adalah manusia ataupun tidak.
Kepada semua yang bertanya, suami saya kata dia tidak boleh menyemak profil pelanggannya itu, termasuk 'rating' Hanya boleh tengok butiran perjalanan tu je. Atau ada cara lain? Tetapi nama pelanggannya ialah Indacasto.
Penulis memilih untuk menganggap insiden tersebut sebagai pukau dan bukan sebab "perkara" lain
Suami penulis telah membawa pelanggannya itu ke kawasan tanah perkuburan Cina