"Bibik Letak 'Pad' Berdarah Kat Punggung Anak Aku" - Wanita Kongsi Kisah Hadap Bibik Psiko
Bibik yang pada mulanya berkelakuan elok semakin hari semakin pelik perangainya.
Kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini menyebabkan kedua-dua ibu bapa harus bekerja bagi menanggung perbelanjaan sekeluarga
Bila kedua-duanya bekerja, keberadaan rumah terpaksa ditinggalkan di bawah pemerhatian pembantu rumah ataupun bibik.
Bagi yang bernasib baik, mereka akan mendapat bibik yang baik yang mampu bantu meringankan lagi bebanan yang dihadapi dalam sesebuah keluarga. Namun begitu, pada masa kini juga, kita seringkali terdengar cerita negatif tentang bibik.
Kisah yang dikongsikan saudari bernama Hani melalui akaun Twitter @rotikaye ini sangat mengejutkan. Siapa sangka seorang yang diberikan kepercayaan penuh untuk menjaga rumah kita sebenarnya merupakan seorang yang psiko.
Bibik yang pada mulanya berkelakuan elok semakin hari semakin pelik perangainya. Jika melibatkan diri sendiri sahaja pun boleh memarakkan api kemarahan, apatah lagi jika melibatkan anak-anak.
Pada awalnya semuanya kelihatan elok di mata Hani namun lama-kelamaan, bibiknya mula tunjuk belang dengan berkelakuan aneh
Setiap kali waktu senja, bibiknya akan hilang. Hani cuba untuk menyiasat apa yang dilakukan bibiknya itu. Rupa-rupanya...
Semakin hari semakin pelik kelakuannya. Sehinggalah satu masa dimana Hani benar-benar tidak tahan kerana melibatkan anaknya.
Berjaga-jagalah memilih pembantu rumah untuk menjaga anak-anak anda! Kang tak pasal-pasal lain jadinya.