seismik

"Antara Hidup Atau Mati, Aku Pilih Mati" - Lelaki Kongsi Kesengsaraan Hidap Bell's Palsy

Penyakit Bell's Palsy selalunya bersifat sementara namun dalam beberapa kes, gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih bahkan ada yang kekal selama-lamanya.

Cover image via Twitter @Ohhanas_

Palsi Bell (Inggeris: Bell's Palsy) merupakan penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini

Sesiapa yang didiagnoskan Bell's Palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Selain daripada itu, aktiviti harian mereka juga turut terjejas antaranya seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain lagi.

Berbeza dengan kelumpuhan muka disebabkan penyakit seperti strok dan penyakit Lyme, sehingga kini penyakit Bell's Palsy masih tidak diketahui punca sebenarnya tetapi ramai pengkaji perubatan percaya Bell’s Palsy dirangsang dengan jangkitan virus.

Image via Google

Rawatan fisioterapi adalah digalakkan untuk membantu memulihkan penyakit Bell's Palsy. Ahli fisioterapi akan mengajar senaman muka yang akan menguatkan otot di muka untuk meningkatkan kemahiran kordinasi.

Penyakit Bell's Palsy biasanya berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka. Penyakit ini selalunya bersifat sementara walau bagaimanapun dalam beberapa kes, gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih bahkan ada yang kekal selama-lamanya.

Seorang remaja lelaki bernama Mohammad Anas Zikril Hakim Alias telah berkongsikan kisahnya menghidap Bell's Palsy di laman Twitter miliknya

Anas menceritakan tentang saat-saat awal dia menghidap penyakit tersebut. Dia yang terpaksa menanggung beban kesakitan yang dihadapinya di samping keadaan mukanya yang senget sebelah menyebabkan dia semakin hari semakin hilang semangat untuk terus hidup. Satu-satunya sebab mengapa dia masih sabar dan kuat menghadapi ujian ini adalah disebabkan oleh Allah SWT.

Bebenang Anas menjadi tular di Twitter dengan rata-rata netizen menyatakan rasa simpati dengan nasib yang menimpanya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Masa mula-mula kena dulu, aku memang dah sakit kepala lebih 2 dari minggu. Effect sakit kepala sampai telinga jadi pekak. Kau nak senyum, kau nak gelak semua tak boleh. Kau tak boleh gerakkan muka sebab setiap kali gerak terasa sakit gila kepala.

Sampailah satu hari tu, aku nak pergi kelas. Tiba-tiba aku rasa muka aku jadi bengkak. Aku rileks jelah macam biasa, even though aku stress masa tu. Makin lama makin terasa. Aku siap tanya kawan aku lagi tapi dia kata takde apa pun. Masa ni lah macam-macam benda berlaku.

Aku tak tahan so aku decided nak berhenti belajar. Parents aku time ni memang menyampahlah dengan aku, kata aku mengada-ngada. Macam budak-budak takleh belajar jauh. Tapi aku stick dengan keputusan aku. Aku tak cakap pun dekat dorang muka aku sakit.

OTW balik dari matriks, aku tengok camera sebab aku rasa muka aku makin bengkak. Bila aku selfie muka sendiri masa tu aku tahu yang muka aku belah kiri dah jatuh. Muka aku senget sebelah macam orang cacat doh. Masa ni aku memang lemah semangat.

Aku senyap je bila sampai rumah, aku diam. Aku jadi tak banyak cakap. Rupanya dalam tengah menahan sakit ni

Aku tengah lemah semangat ni ada benda ikut aku balik rumah. Aku menangis nak balik nak balik nak balik. Padahal aku dekat rumah dah.

Itu cerita lainlah. Bila muka aku dah makin jatuh dan nampak ketara gila so aku cerita dekat parents aku. Pastu dorang bawalah pergi hospital Selayang. Aku kena makan ubat based on streoids. Prednisolone.

And kehidupan aku makin lama makin okay. Muka makin okay dan dalam masa sebulan sahaja muka aku back to normal macam tak pernah kena Bells Palsy. Even aku tak pernah pun buat pyhsio.

Aku decide nak sambung belajar semula, aku masuk Uitm 2nd intake tapi aku ingat yang aku boleh teruskan macam biasa tapi rupanya aku silap. Dalam 2 minggu je dekat sana benda yang sama berlaku lagi dekat aku tapi kalini aku kena memang teruk gila.

Bila aku dah ada semangat, Allah uji aku lagi sekali. Sumpah! Masa ni aku dah give up gila. Orang fikir aku sendiri yang buat muka jadi senget. Orang fikir aku sengaja sakit. Aku tak datang kelas sampai lecturer siap sound aku lagi.

Masa ni memang aku hilang semangat sebab kepala sakit gila. Muka aku senget, muka macam orang cacat. Aku rasa diri aku buruk gila. Aku pitam banyak kali dekat UiTM. Sampai doktor dekat hospital pun dah kenal aku.

Cuma yang paling buat aku tak boleh move on sampai sekarang. Aku pitam dan masuk hospital Melaka, aku buat CT Scan. Bila dah selesai semua doktor bahagian emergency datang dekat aku. Kau tahu tak? Masa tu aku sorang sorang. Bateri tinggal 1% dompet takde.

Datang terus tanya. Awak tahu tak awak ada Bell's Palsy both sides? Awak duduk dengan siapa? Parents awak dekat mana? Awak dah kahwin belum? Awak dah ada anak? Awak belajar ke bekerja? Then, bila dah jawab dia kata esok awak jumpa pakar saraf.

Pastu dia check orang sebelah, kau tahu dalam dia check tu. Time tu ada 2 orang doktor, dorang cakap sesama sendiri. Kesian dia muda-muda dah sakit macam itu. Kau tak rasa ke macam tertanya-tanya, kau tanya banyak soalan dekat aku pastu kau cakap camtu?

Pagi esoknya, doktor pakar datang. Dia tanya soalan yang sama lagi. Lepastu dia macam cover-cover nak cakap dekat aku. Awak tahu tak yang kebanyakan masalah berkaitan saraf muka dan otak ni selalunya ada HIV. Jadi saya nak awak buat HIV dulu boleh?

Pendekkan cerita, sejujurnya aku rasa takutlah even aku tahu keputusan ni negative tapi bila kau sakit. Kau pendam dan simpan sendiri sebab parents kau fikir kau main-main sakit sebab taknak belajar. Kau tak ada pilihan selain simpan dan tanggung sendiri.

2 minggu aku moody, tunggu keputusan HIV punya pasal. Aku tak tahu-menahu pun mula mula pasal sakit ni. Jadi aku cuaklah macam mana kalau aku kena? Macam mana kalau aku ada? Aku sampai tak makan berat badan aku turun 2kg.

Rupanya penyakit HIV ni dia boleh dijangkiti melalui cecair orang yang menghidapi HIV kecuali air liur. Maknanya darah, air mani & mazi, dan cecair dari perempuan. Itu sebab condom dicipta. Bukan untuk menggalakkan seks tapi nak selamatkan korang daripada penyakit ni!

Bila dah tahu keputusan aku negative dan sekarang aku tiada pun buat apa-apa pemeriksaan lain. Even sampai sekarang masih sama, Bell’s Palsy + Twitching. 

Aku kalau nak di ikutkan aku dah give up. Sumpah! Aku hari-hari doa supaya Allah ambil nyawa aku.

Orang kata aku mengade, padahal sikit je pun. Tapi dorang tak tahu macam mana rasa bila kau kena. Kau boleh cakap, kau boleh mengata. Tapi kau tak tahu apa yang dia rasa apa yang dia lalui sebab kau hanya melihat dari luaran. Bukan dari dalaman.

Aku dah hilang semangat, aku rasa macam tiada sebab dah nak hidup lagi. Hari-hari aku fikir nak bunuh diri sebab aku tahan gila. Tapi yang menguatkan aku sebab Agamaku Islam dan Allah tuhanku. Itu sebab aku still ada lagi dekat dunia ni.

Aku tak tahulah tanggapan korang semua pada sakit ni, tapi aku perasan yang penyakit ni dah makin ramai orang yang kena. Believe me! Memang nampak macam tak sakit sebab senget je. Tapi dalam senget tu kau tengah menahan macam-macam rasa sakit dekat kepala.

Anas ketika berusia 14 tahun.

Image via Twitter @Ohhanas_

Jagalah kesihatan. Memang betul kesihatan itu pun satu rezeki. Rezeki bukan datang melalui duit semata-mata. Bila kau sakit susah kau nak buat macam macam.

Aku macam ini lah, tak tahu sampai bila aku boleh tahan aku cuba kuatkan diri even aku sorang sorang yang tanggung. Kalau boleh aku nak sambung study dekat area rumah. At least, aku ada semangat sebab ada parents aku family aku. Bila dekat sini aku rasa lemah sangat.

Aku cerita ni saja nak luahkan sebab sebenarnya aku tak tahu nak cerita dekat siapa. Rasa terharu gila bila ramai yang beri support pada aku, ada yang sanggup offer untuk jadi pendengar.

 Aku betul betul dah give up. Macam macam ujian yang Allah bagi lepas kena penyakit ni.

Kadang-kadang kita rasa yang kita boleh tanggung semua sendiri, kita rasa kita kuat tapi sebenarnya tidak. Kita pura-pura happy, pura-pura okay sebab ada benda yang kita tak boleh nak cerita. Bukan semua orang boleh faham even keluarga sendiri pun.

Kemungkinan besar aku juga hidap penyakit Anxiety Disorder kesan daripada penyakit ni. Mungkin aku terlalu fikirkan sangat, terlalu stress dan banyak memendam buat aku takut untuk sakit. Buat aku takut untuk teruskan kehidupan.

Bila dah macam-macam kau tanggung, kau rasa macam dah cukup! Cukuplah dengan semua benda ni. Apa hikmahnya? Apa yang Allah nak sebenarnya? Apa salah aku? Sampai bila? Kenapa kenapa!

Aku cuma minta korang doakanlah aku kuat semangat, jauhkanlah aku daripada cuba bunuh diri sendiri. Aku Muslim dan Allah tuhanku. Aku nak jumpa Dia dekat syurga. Aku taknak jumpa Dia dekat neraka.

Kalau ada yang kemurungan ingatlah selalu. Bila kau dah rasa give up, bila kau dah rasa penat, bila kau dah hilang semangat. Jangan pernah kau tinggal dunia. Kau kena ingat yang kita ni Islam, walaupun tiada jalan lain tapi kau kena tahu tuhan kau Allah!


Semoga Anas terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: