seismik

Bayi 14 Bulan Maut Kerana Ibu Bapa Enggan Terima Vaksin. Ibu Bapa, Sila Vaksin Anak Anda!

Bayi tersebut tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.

Cover image via SF Gate

Isnin, 15 Oktober yang lalu, seorang bayi perempuan berusia 14 bulan dilaporkan telah meninggal dunia disyaki akibat jangkitan Difteria atau akut pernafasan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tebuireng

Bayi tersebut dilaporkan tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima suntikan imunisasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, "Bayi itu mula demam dan sakit tekak pada 4 Oktober lalu dan dibawa ibunya untuk mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober. Keesokan harinya, kanak-kanak berkenaan dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan."

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Image via NST

"Pesakit kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak dan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober lalu kerana keadaannya semakin lemah hingga memerlukan bantuan pernafasan," tambahnya.

Ujian pengesahan yang dijalankan ke atasnya tersebut menunjukkan bahawa bayi itu meninggal dunia akibat ‘severe Diphtheria with multiorgan failure’.

Akibat daripada itu, lapan individu termasuk ibu kepada bayi terbabit dikuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari selepas siasatan mendapati mereka mempunyai simpton penyakit sama.

Penyakit Difteria adalah jangkitan kuman bakteria Corynebacterium Diphtheriae yang menyebabkan sakit tekak

Penyakit tersebut akan menyebabkan terdapat selaput di dalam tekak atau kerongkong dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut.

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain. 

Image via Hello Sehat

Menurut Datuk Dr. Noor Hisham, perkhidmatan imunisasi boleh diperoleh daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta.

"Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti.

"Dengan itu dinasihatkan ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka tampil untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan," ujarnya.

Bagi bayi yang telah tercicir suntikan, mereka masih boleh mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan yang terdekat.

Kenyataan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: