seismik

Bapa Tak Benarkan Pihak Hospital Suntik Anak, Takut Allah "Ambil Tindakan"

"Semoga kita semua terhindar daripada murka Allah."

Cover image via Sekolah Seni Malaysia Johor the first Malaysian Art School

Pelik tapi benar...

Viral di media sosial beberapa hari lalu mengenai sekeping gambar yang menunjukkan sepucuk surat yang dihantar oleh seorang bapa kepada pihak hospital.

Kandungan surat yang ditulis dengan tangan itu memberi amaran kepada doktor agar tidak memberi sebarang suntikan kepada anaknya.

Sebabnya?

Si bapa takut perbuatan itu bakal dikenakan tindakan oleh Allah ke atas mereka kerana menganggap ciptaan Allah tidak sempurna sehingga memerlukan bahan ciptaan manusia. Malah, si bapa turut menyifatkan manusia sebagai "makhluk yang zalim lagi jahil."

Image via tenor.com

Gambar surat tersebut telah dimuat naik oleh seorang jururawat lelaki Anwari Hamzah di Facebook pada 28 Oktober lalu

Post tersebut telah menarik perhatian ramai netizen dan mendapat lebih 1,500 shares sejak dimuat naik tiga hari lepas.

Lihat gambar di bawah:

Image via Anwari Hamzah

Rata-rata netizen yang membaca kandungan surat itu turut berasa terkejut dan tidak bersetuju dengan alasan bapa berkenaan

Image via Anwari Hamzah

Sebagai seorang pengamal perubatan, Anwari Hamzah berasa berang dengan label "makhluk zalim lagi jahil" yang diberikan oleh bapa tersebut

Beliau turut mempersoalkan, sekiranya mereka dicerca sebagai zalim, apa tujuan si bapa itu datang ke hospital sebenarnya?

Baca status penuh di bawah:

Image via Anwari Hamzah

Apa pendapat anda? Anda setuju dengan tindakan bapa berkenaan? Kongsikan di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nah, baca lagi tentang vaksinasi kanak-kanak:

You may be interested in: