seismik

Nampak Bersih, Hakikatnya Lantai Hospital Penuh Dengan Bekas Nanah, Darah, & Urin Pesakit

Memang luaran nampak berkilat, tapi sebenarnya lebih kotor dan bahaya dari kotoran lain.

Cover image via https://www.facebook.com/faisal.firdaus.16/posts/1442526009214273

Sebab utama pihak hospital melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk melawat adalah lebih kepada keselamatan daripada ancaman virus

Malangnya, kebanyakan ibu bapa di luar sana tidak mengambil serius tentang nasihat yang diberikan oleh pihak hospital. Malah, mereka masih lagi berdegil dan membawa kanak-kanak datang ke hospital.

Paling teruk, mereka langsung tidak pedulikan kebersihan dan keselamatan mereka.

Contohnya seperti situasi memasukkan kembali puting anak yang telah jatuh di lantai hospital TANPA membasuhnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Lunatots.com

Bukankah ianya membahayakan anak sendiri?

Seorang pengguna Facebook iaitu Faisal Firdaus telah membincangkan isu ini dengan serius dan juga menyenaraikan kesan buruk yang bakal menimpa kanak-kanak jika kebersihan tidak diutamakan

Baca perkongsian penuh di bawah:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Supplier Vinyl Lantai

Berkilatkan lantai depan ICU ni? Sampaikan ada pelawat boleh duduk, bawa kanak-kanak dan baring-baring di atas lantai. 

Puting anak jatuh lepas itu dimasukkan balik dalam mulut anak. Tak basuh pun, hanya kemam-kemam je dan terus bagi anak. ADOIIII!!!!

Kak, abg, pakcik, makcik, apa yang kalian nampak tu tak sebersih rumah anda. Ya, memang betul kami mop, buffing lantai setiap hari. Tapi apa sebenarnya yang tertumpah atas lantai itu?

Darah, nanah, lendir, urin pesakit yang dimasukkan ke dalam hospital. Memang tak nampak sebab dah dibersihkan. Namun, kuman masih ada disitu. Tak 100% bersih pun.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Menurut seorang Doktor iaitu Dr Mohd Sany, antara 'monster' yang bakal membunuh anak kalian adalah:

Pseudomonas, Acinetobacter, Klebsiella, E coli, Staph aureus, Streptocococus, Bukholderia dan pelbagai lagi penyakit berbahaya yang lain.

Jika anda tak sayangkan anak-anak, biarkanlah mereka bergolek-goleh di atas kuman-kuman itu. Maaf jika bahasa terkasar. Hospital ini bukan tempat rekreasi tuan puan. Ini adalah tempat berkumpulnya segala penyakit. Semua jenis penyakit ada di sini.

Dan anda sebagai yang cerdik dan pandai bawa anak-anak untuk mencari penyakit lalu kongsi dengan yang lain? Tidak sepatutnya.

Saya sebagai staff hospital mohon anda minimakan kehadiran ke hospital bersama anak-anak. Yang sakit, anda lawatlah. Tapi kanak-kanak yang sihat biarkan mereka sihat. Penyakit di sini bukan calang-calang. Dan kebanyakannya sangat tinggi risiko untuk membawa maut kepada anak anda.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Faisal Firdaus / Facebook

Fikirlah sendiri wahai ibu bapa di luar sana. Jika sayangkan anak, anda tahu apa yang terbaik buat mereka.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: