seismik

Akibat Alahan Antibiotik, Kanak-Kanak Ini Diserang Penyakit Stevens Johnson & Terlantar

Ibu bapa harus sentiasa pantau tahap kesihatan anak-anak.

Cover image via Nur Fazella / Facebook

Zaman sekarang ini banyak penyakit berbahaya yang boleh meragut nyawa kanak-kanak. Sebab itu lah sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda haruslah memantau tanda-tanda yang ada pada anak anda supaya ianya tidak merebak.

Antara penyakit yang berbahaya dan perlu dipantau adalah pneumonia, cirit-birit, malaria, polio, campak, difteria, tetanus (kancing dagu), pertusis (batuk kokol), dan banyak lagi. Oleh itu, ibu bapa semua sentiasalah perlu memantau tahap kesihatan anak-anak anda.

Tambah lagi, semua penyakit berbahaya ini boleh dicegah dengan pemberian suntikan vaksin.

Gambar sekadar hiasan.

Image via SME Corp

Seperti perkongsian yang ditulis oleh seorang wanita iaitu Nur Fazella di laman Facebook tentang pengalaman beliau menjaga anaknya yang terlantar di hospital selama tiga minggu akibat antibiotik.

Baca penuh di bawah:

Genap tiga minggu anaknya berada di hospital gara-gara pengambilan ubat antibiotik

Menurut perkongsian wanita ini, rupa-rupanya ubat bukan sahaja penawar namun mampu untuk jadi racun yang boleh membunuh.

Pada mulanya, anaknya iaitu Khairi telah diserang demam dan batuk-batuk. Lalu doktor memberikan ubat batuk dan pcm. Selepas makan satu biji antibiotik, keluar bintik-bintik merah di mulut dan tapak tangan.

Dalam fikirannya, mungkin Khairi terkena jangkitan HFMD. Namun, dia teruskan makan pil tersebut sehingga pil yang ketiga, anaknya, Khairi telah mengadu sesak nafas dan terus dibawa ke unit kecemasan hospital.

Khairi pada hari pertama.

Image via Nur Fazella / Facebook

Khairi pada hari kedua.

Image via Nur Fazella / Facebook

Khairi pada hari keempat.

Image via Nur Fazella / Facebook

Pada mulanya, mereka menyangkakan Khairi diserang demam campak. Rupa-rupanya...

Selepas disiasat oleh doktor pakar, pihak mereka mengatakan Khairi diserang penyakit Stevens Johnson. Pertama kali mendengarnya memang pelik sebab tidak pernah dengar tentang penyakit ini dari sesiapa.

Menurut Fazella sendiri selepas ditemu bual oleh team SEISMIK, beliau mengatakan bahawa penyakit Stevens Johnson ini disebabkan badan anak tidak boleh terima jenis antibiotik yang diberikan (boleh rujuk gambar di bawah).

Oleh itu, penangan antibiotik tersebut membuatkan kulit badan Khairi mendapat reaksi seperti hangus dan melepuh satu badan. Selain itu, sindrom Stevens Johnson ini juga menyerang semua tisu-tisu lembut di dalam badan seseorang iaitu mata, mulut dan hidung.

Tisu-tisu lembut di dalam badan mengeluarkan mukus yang berlebihan.

Antibiotik yang diberikan untuk Khairi.

Image via Nur Fazella / Facebook

Apa itu penyakit Stevens Johnson ini?

Sindrom Stevens Johnson adalah penyakit kulit dan membran mukus yang jarang berlaku. Ia biasanya reaksi kepada ubat atau jangkitan. Selalunya, ia bermula dengan simptom seperti selsema, diikuti oleh ruam merah atau cirit-birit yang menyebar dan melepuh.

Kemudian, lapisan atas kulit yang terkena mati, melepuh dan kemudian akan kembali sembuh.

Boleh baca penuh tentang sindrom Stevens Johnson ini di sini.

Ini merupakan jarum terakhir antibiotik yang diberikan untuk Khairi.

Image via Nur Fazella / Facebook

Kesimpulannya, selepas memberikan ubat kepada anak anda, jika timbul tanda-tanda merah di badan mereka, anda harus terus rujuk kepada pakar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau sayang anak, sentiasa pantau tahap kesihatan mereka:

Jangan mudah percaya mitos mengarut ini:

You may be interested in: