seismik

Tolong Jaga Anak-Anak Kita. Penyakit HFMD Sedang Mengganas! Amalkan 6 Cara Pencegahan Ini

Difahamkan setakat ini, lebih daripada 1,500 kes penyakit ini telah dilaporkan.

Cover image via Majalan PaMa

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad

Image via Sinar Harian

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata arahan yang sama juga telah dihantar kepada pengarah semua hospital di Pulau Pinang untuk mengawal penyebaran penyakit itu.

"Bahagian Kawalan Penyakit menumpukan pada isu ini, apa yang diperlukan sekarang adalah untuk mencegah penyebarannya.

"Difahamkan setakat ini, lebih daripada 1,500 kes penyakit ini telah dilaporkan," katanya ketika diwawancara akhbar The Star.

Apa itu HFMD?

Image via Majalah PaMa

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie atau virus enterovirus.

HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.

Selalunya kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun berpotensi menghidap jangkitan ini, namun begitu orang dewasa juga boleh terkena virus terbabit.

Apakah punca penyakit kaki, tangan dan mulut?

Image via Blog Dr Zubaidi

Virus coxsackie sangat mudah dijangkiti kerana ianya boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Virus tersebut akan masuk ke dalam saluran limfa melalui kulit di bahagian mulut dan lapisan usus dan daripada saluran limfa itu ia akan merebak ke kalenjar limfa dan masuk ke dalam darah lalu merebak ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit dan lapisan mulut.

Di situlah, ruam penyakit kaki, tangan dan mulut akan terbentuk dan virus itu bersedia menjangkiti orang lain. Pada hari yang ke tujuh, Antibodi badan sudah meningkat dan akan menghapuskan virus yang berada di dalam badan pesakit. Beberapa hari kemudian, ruam pada badan akan semakin kurang dan sembuh. Masa inkubasi bagi virus ini adalah 3-6 hari.

Disclaimer: Masa Inkubasi adalah jarak masa daripada mula terdedah dengan kuman tersebut sehinggalah simptom pertama muncul.

Apakah simptom dan tanda HFMD?

Image via Hello Doktor

Ciri-ciri klinikal termasuk:

• Demam.
• Sakit tekak.
• Ulser pada tekak, mulut dan lidah.
• Ruam pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin).
• Sakit kepala.
• Hilang selera makan.

Komplikasi
• Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Apakah rawatan untuk penyakit HFMD?

Image via Fanpop

Beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menghadapi pesakit ini adalah:

1. Perlu selalu memberi minum air ia boleh menyebabkan dehidrasi berlaku pada mereka yang menghidap penyakit ini. Maka, ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak-anak untuk meminum air.

2. Ais krim boleh mengurangkan sakit pada ulcer. Jika anak mempunyai ulcer yang teruk, pemberian aiskrim dapat mengurangkan sakit pada ulcer malah menggembirakan mereka. 

3. Penggunaan ubat parcetamol boleh mengurangkan rasa sakit dan demam.

4. Ubat titis untuk mengurangkan sakit juga boleh didapati daripada klinik dan farmasi terdekat.

5. Jika pesakit mempunyai simptom yang lebih teruk, ibu bapa perlulah membawa anak mereka ke klinik ataupun hospital.

Nasihat kepada para ibu bapa dan penjaga

Image via Speech Buddy

Ibu bapa atau penjaga diminta untuk mendapatkan nasihat daripada doktor secepat yang mungkin sekiranya anak mereka mempunyai tanda-tanda HFMD.

Ibu bapa seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa mahupun penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Cara-cara pencegahan penyakit HFMD

Image via Mental Floss

Ahli keluarga dinasihatkan supaya mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

1. Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

2. Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

3. Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

4. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

5. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

6. Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Jaga anak-anak kita ya, semua!

Image via Gifer

Info diambil daripada portal pakar ediagnosa dan myhealth

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menari di SAYS Seismik:

You may be interested in: