seismik

“Nangis Hilang Suara, Muka Jadi Biru” - Wanita Ini Kongsi Pengalaman Getir Anak Terkulai

Memang tak keruan apabila melihat sendiri anak terkulai di depan mata.

Cover image via Baby Center

Ketika anak-anak membesar, mereka mempelajari cara yang berbeza untuk berkomunikasi dengan anda. Mereka akan jadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan kontak mata, membuat bunyi-bunyi tertentu dan juga senyuman.

Namun, pernahkan anda mengalami situasi getir di mana anak anda menangis sehingga hilang suara dan mukanya bertukar menjadi biru?

Sebagai seorang ibu bapa yang baru sahaja melangkah ke alam ini, pastinya anda akan panik jika anak sendiri mengalami situasi seperti itu bukan?

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook iaitu Noor Faezah, beliau telah mengalami sendiri situasi tersebut di mana anaknya secara tiba-tiba menangis sehingga hilang suara, lalu muka bertukar menjadi kebiruan.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Pernahkah dengar tak budak menangis sampai hilang suara tiba-tiba muka dia terus jadi kebiruan?

Baru dua hari lepas terjadi dekat Zaim. Lepas berbuka, waktu tu Zaim dah penat & mengantuk. Then bawa dia masuk bilik off lampu and buka lampu tidur jela sebab nak tidurkan dia. Tapi dia ni pantang nampak ayah dia, so dia pun bangun turun daripada katil semula untuk tunggu ayah dia solat.

Bila ayah dia siap je solat aku dengar dia gelak2 lagi, tiba-tiba dia jalan sikit then dia terjatuh sendiri. Jatuh tu tak la teruk mana, tapi bagi dia sakit la plus dia dah penat & mengantuk. Dia menangis kuat sangat and dia terus senyap (aku pelik sebab biasanya kalau dia sakit dia akan dtg dekat aku tunjuk sakit dekat bahagian mana).

So tergerak hati nak tengok dia, then aku on lampu bilik. Rupanya muka dia bertukar jadi kebiruan! Biru gelap tu, mcm kena cekik. Terus tangan dia terkulai & tiada respond, mata dia terpejam (pengsan).

Apabila terjadinya perkara itu, dia dan suami terus panik kerana menurutnya, mereka tidak pernah alami situasi seperti itu dan tidak tahu apa yang patut dilakukan oleh mereka

Time tu aku dengan Zul dah panik sebab tak pernah alami sebelum ni.
Zul tepuk-tepuk belakang badan Zaim untuk bagi sedar, tapi Zaim still tak bagi respond. Aku dah tak keruan tengok anak terkulai depan mata. Zul cepat2 bawa Zaim ke bilik air & basahkan Zaim sambil tepuk-tepuk belakang badan. Alhamdulillah Zaim bagi respond dia buka mata then baru dia start menangis , baru nampak muka dia merah.

Nak gugur jantung aku dibuatnya. Hang jangan macam tu lg Zaim. Hilang akal mak dibuatnya. Tak lama kejadian ni, dalam 1 minit je. Walaupun 1 ke 2 minit tapi kalau tak tahu macam mana nak bagi anak sedar, bahaya juga bila oxygen tak sampai ke otak.

Setelah kejadian ngeri menimpa anaknya itu, mereka membawa Zaim untuk berjumpa dengan doktor sendiri. Akhirnya, doktor menjelaskan bahawa anak mereka terkena simpton 'Breath-Holding Spells.'

Selepas kejadian tu kami bawa Zaim jumpa doctor, doctor kata ni adalah simptom 'BREATH-HOLDING SPELLS'. Budak yang jenis macam ni dia tak boleh menangis terlampau lama, dia akan kejang dan lemas (sebab tu muka jadi biru).

Apakah punca yang menyebabkan Breath-Holding Spells ini?

1. Anak tu CEDERA, yang buatkan dia sakit teramat sangat. Tak kira la jatuh ke kena pukul ke, then dia akan menangis yang terlampau kuat sampai suara dia hilang.

2. Anak tu rasa KECEWA, maksudnya dia nak something tu dia tak dapat. Macam anak aku ni, dia akan jerit sambil teran. Cuba kau buat, macam lemas tak? Budak apa dia tahu, dia buat sesuka hati dia je.

3. Anak tu MARAH, bila perasaan dia tengah marah dah tentu-tentu dia akan menangis kadang2 sampai meneran sbb dia geram sgt, kau yg dah besar tu pun kuat menangis, inikan pula budak.

* 3 point ni memang ada pada Zaim.Dia kerap menangis sambil teran-teran.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kanak-kanak

Tambah lagi, untuk simptom ini jika anak anda pernah terkena, kemungkinan besar ia akan berulang semula sehingga anak anda berumur 7 tahun

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Benda ni sekali anak dah kena, dia berkemungkinan akan berulang semula hingga umur 7 tahun. So hati2 & beringatlah bila anak menangis kuat tu. Ni peringatan untuk aku juga. Bila anak menangis tu, perhatikan dia. Jangan la dia dah menjerit kuat tu kau cakap "Haaa rasakan rasakan, nak main sangat, suruh tidur taknak, kan dah jatuh" Kalau tak jadi apa takpela, jangan kalau dah biru muka anak baru nak menyesal.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh try google or tengok youtube macam mana budak2 yang kena BHS ni. Aku harap orang lain pun ambil tahu hal ni mcm mana nak control bila jadi dekat anak, sebab anak aku pun tak pernah ada apa2 problem sejak lahir tapi tiba2 je jadi.

Kena tahu langkah cepat nak bagi anak sedar semula sebab kalau oxygen lambat sampai ke otak boleh menyebabkan pelbagai implikasi yang lain. Pesanlah juga dekat pengasuh kalau nampak anak nangis kuat sampai teran2 tu terus pujuk jela, jangan biarkan menangis lama-lama.

Sekadar peringatan bersama.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian lain hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: