Ingat Lagi Tak Permainan Mulut Itik? Jangan Terkejut Ia Kini Dijual Dengan Harga RM2,150
Kalau di sekolah benda ni kita buat pakai kertas buku latihan je.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kanak-kanak 90-an, masihkah anda ingat akan alat permainan yang dipanggil 'mulut itik'?
'Mulut itik' ialah satu origami yang menjadi kegemaran kanak-kanak pada zaman 90-an dan awal tahun 2000-an. Ia dipanggil mulut itik kerana bentuknya seperti paruh binatang tersebut dan apa yang menarik adalah cara permainannya agak berbeza dengan permainan lain.
Pada setiap permukaan mulut itik tersebut akan diletakkan beberapa perkatan dan nombor. Anda perlu memilih perkataan dan nombor tersebut dan seorang lagi perlu mengeja perkataan dan nombor itu kemudiannya membuka lipatan kertas di akhir ejaan.
Namun, tahukah anda jenama terkenal antarabangsa, FENDI kini mengeluarkan koleksi mulut itik dengan harga RM2,150
Perkara itu telah didedahkan seorang indvidu melalui video TikTok miliknya. Dia memberitahu bahawa koleksi itu sedang dijual di outlet FENDI di ibu kota yang datang dengan pelbagai warna.
Setelah meninjau laman web rasmi jenama tersebut, ternyata ia adalah benar yang jenama tersebut baru saja mengeluarkan koleksi terbaru yang dipanggil Fortune Teller Charm.
Fortune Teller Charm didatangi dengan tiga warna berbeza iaitu kuning, dan merah yang diperbuat daripada material kulit. Difahami koleksi itu dikeluarkan bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!