Ingat Makin Comel Bila Mengandung, Suami Sengaja Sakat Isteri Ini Undang Dekah Ramai
Siap-siap tidur luar bang.
Kepayahan seorang isteri dalam melahirkan anak memerlukan sokongan daripada pasangan
Tempoh sembilan bulan membawa kandungan di dalam perut ternyata bukanlah satu perkara yang mudah buat setiap wanita, lebih-lebih lagi yang bakal bersalin pertama kali.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila si isteri menyangka dia akan kelihatan comel ketika mengandung tetapi lain pula yang jadi telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami saja menyakat, banyak perubahan pada wajah isteri
Menerusi perkongsian video daripada @aiman_bella di TikTok, kelihatan isterinya itu sangat yakin bahawa dia akan kelihatan comel apabila melalui fasa mengandung.
Apa yang menjadi tumpuan, simptom perubahan disaat mengandung membuatkan wajah isterinya berubah telah diambil peluang oleh si suami untuk menyakat.
"Okayy ma'am dh sampai, doakan saya guys menghadap mahkamah keadilan. Saya akan fight! Kita beli beras!" katanya selepas si isteri menyedari kewujudan video itu di TikTok.
"Hidup lagi tak bang? Takut kena kurung je ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 592.4K views, 35.8k likes dan 421 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan memahami situasi yang dihadapi oleh isteri lelaki itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!