Ini 19 Tawaran Promosi Makanan Sempena Hari Malaysia 2026 Yang Berbaloi Untuk Anda
Jangan lupa grab tawaran hebat ini!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
1. KFC
Nikmati KFC sempena Hari Malaysia ini dengan Bucket Combo yang sesuai untuk dikongsi bersama.
Anda juga boleh menambah hidangan sampingan pada harga hanya RM6.30 setiap satu, sesuai untuk dinikmati bersama apabila berkumpul beramai-ramai.
2. Pizza Hut
Tak tahu nak buat keputusan antara dua perisa kegemaran rakyat Malaysia?
Pizza Hut kini menampilkan perisa Laksa Kari dan Durian Brûlée pada Pan Pizza keluarannya, dengan piza kedua ditawarkan pada harga hanya RM6.90.
3. Dunkin'
Dunkin' menawarkan kombo pelbagai jenis donat berserta minuman pada harga RM30.90 dan pilihan minuman sejuk pilihan ramai bermula daripada RM6.90.
Promosi ini sah dari 10 hingga 16 September di cawangan yang terpilih, kecuali cawangan di lapangan terbang.
4. FamilyMart
Inginkan sedikit elemen misteri bersama kopi anda? Belanjakan RM15 atau lebih di FamilyMart untuk peluang mendapatkan blind box OATSIDE Cool Bear secara percuma.
Anda juga boleh mendapatkan minuman pilihan OATSIDE café seperti Latte, Caramel Macchiato, Original dan Chocolate sambil mengumpul salah satu daripada figura beruang dengan pelbagai ekspresi yang comel.

5. TGI Fridays
Buat penggemar coklat, tawaran ini khas untuk anda. TGI Fridays menawarkan minuman coklat KitKat tanpa had pada 16 September.
Anda juga berpeluang mendapatlan hadiah misteri percuma apabila anda memesan mana-mana dua minuman coklat MILO atau KitKat.
6. Beutea
Beutea melanjutkan promosi Hari Malaysia RM6.90 sehingga akhir bulan September, dengan kedua-dua pilihan White Peach Oolong Milk Tea dan Jasmine Green Milk Tea ditawarkan pada harga istimewa tersebut.
Tawaran ini eksklusif untuk pesanan yang dibuat melalui aplikasi Beutea bagi pengambilan sendiri atau penghantaran.
7. Kenangan Coffee
Kenangan Coffee menawarkan minuman Kopi Kenangan Malaysia yang diinspirasikan oleh cita rasa tempatan pada harga istimewa Hari Malaysia, iaitu RM6.90.
Minuman yang dihasilkan menggunakan Kenangan Black Aren ini boleh didapati dalam saiz biasa (panas atau sejuk) di cawangan-cawangan yang mengambil bahagian sehingga 16 September.
8. 4Fingers
Ada unsur warna merah, putih, kuning atau biru pada pakaian anda? Pakai mana-mana warna tersebut semasa mengunjungi 4Fingers dan dapatkan Kimbap lapan keping secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM45.
Promosi ini berlangsung dari 14 hingga 16 September di cawangan yang terpilih, kecuali di lapangan terbang.
9. Gong Cha
Gong Cha menjadikan minuman Winter Melon mereka lebih istimewa sempena Hari Malaysia.
Dari 16 hingga 18 September, anda boleh menikmati diskaun 69% untuk minuman Winter Melon kedua.
10. Godiva
Godiva meraikan Malaysia dengan Koleksi 'Batik Sleeve' edisi terhad, disamping promosi seperti tiga G Cube pada harga RM100 dan hamper istimewa bermula daripada RM199.
Koleksi ini boleh didapati di butik Godiva sehingga 30 September.
11. Inside Scoop
Koleksi Lokal Legends daripada Inside Scoop kembali dengan sembilan perisa aiskrim yang diinspirasikan oleh kegemaran rakyat Malaysia dan jenama tempatan.
Antara pilihan yang ditawarkan ialah Kaya Butter Toast, Teh Tarik, Choc-A-Lot Twiggies, Ube Latte, Peanut Butter Jelly dan juga Choc Potato Chips N' Cream.
12. The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop mengetengahkan cita rasa tempatan menerusi set 'Combo Local Lah' yang berharga RM16.90.
Set ini merangkumi Crispy Roast Chicken Rice, pilihan Penang Rojak atau Keropok Lekor, serta minuman ringan menjadikannya pilihan hidangan ala Malaysia yang mudah dan sesuai untuk anda.
13. Churros+
Churros+ hadir dengan tawaran FantaStick Box edisi Merdeka mereka.
Dapatkan 24 ketul churros dengan harga RM33 (harga asal RM39.90) dan terima pelekat Merdeka edisi terhad bagi setiap pembelian.
Tawaran ini sah sehingga 16 September, sementara stok masih ada.
14. BananaBro
BananaBro berkolaborasi dengan Spritzer Sparkling untuk tawaran 'Rasa Malaysia'.
Set kombo istimewa Merdeka ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM17.90 dan boleh didapatkan di cawangan BananaBro sehingga 30 September.
15. Famous Amos
Famous Amos menawarkan dua promosi biskut pada bulan September ini.
Dari 8 hingga 11 September, dapatkan 300g biskut berserta tambahan 80g pada harga RM49.90, diikuti dengan tawaran 400g biskut berserta satu pek gula-gula 'gummy' percuma pada harga RM59.90 dari 12 hingga 18 September.
16. Woodfire KL
Woodfire KL membawakan semula Burger G-Lamb sempena Hari Malaysia, dengan harga RM16.90++.
Tawaran in boleh didapatkan di Woodfire KL, TTDI, bermula 31 Ogos hingga 30 September, antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang, dari hari Sabtu hingga Khamis.
17. ZUS Coffee
Raikan Hari Malaysia dengan Malaysian Latté dan satu minuman pilihan pada harga hanya RM16.90, pilihan termasuk CEO Latté, Americano, Orange Americano dan White Peach Oolong Milk Tea.
Tawaran ini sah pada 16 September sahaja.
18. Hokkaido Baked Cheese Tart
Nikmati potongan harga RM9.16 untuk sekotak enam biji Cheese Tarts bersaiz biasa pada 16 September ini, tawaran ini juga sah untuk Tart Hokkaido Egg Brûlée.
Tawaran ini hanya sah di cawangan Semenanjung Malaysia.
19. K Fry Urban Korean
K Fry Urban Korean membawakan cita rasa yang diinspirasikan oleh Malaysia menerusi Siri 'Rasa Kick' terbaharunya.
Berlangsung dari 10 Ogos hingga 30 September, menu baharu ini merangkumi K'rispy Gochu Mayo Chicken, Poppin' Sweet Corn Bingsoo dan Velvet Sweet Corn Shake.
Terdapat juga cabaran disediakan membolehkan anda memenangi hadiah seperti fon kepala Bose bernilai sehingga RM1,799, barangan eksklusif K Fry dan ayam goreng boneless percuma.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via