seismik

Ini 5 Pencuci Mulut Terkenal Yang Menjadi 'Favourite' Rakyat Malaysia

Yang mana satu jadi pilihan anda?

Cover image via Saveur & Tripadvisor

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Central Sugars Refinery.

Malaysia merupakan negara yang sangat unik dengan pelbagai etnik, bahasa dan budaya

Tapi, kalau ditanya apa yang membuatkan rakyat Malaysia ini bersatu padu, mestilah kerana makanan-makanannya yang bervariasi dan semestinya enak-enak belaka.

Memandangkan negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 tahun, jom kami kongsikan beberapa pencuci mulut dan makanan ringan terkenal dan menjadi kegemaran setiap rakyat Malaysia sejak turun temurun.

1. Cendol

Image via Freepik

Cuaca panas, tekak haus memang sedap kalau dapat makan cendol! Sebut sahaja cendol, mesti dalam kepala sudah terbayang pencuci mulut paling popular di Malaysia yang manis, berais, dicampur pula dengan santan, jagung, gula merah dan pulut.

Kalau anda mahu tahu, cendol juga telah diisytiharkan sebagai makanan warisan Malaysia dan bukan saja terkenal di negara kita, malah turut popular di Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand, Singapura, dan Myanmar.

Terkenal di negeri: Penang

Gerai yang anda harus cuba: Penang Road Famous Teochew Chendul (Penang), Cendol Pak Akob (Selangor), Ah Keong (KL), Ansari Famous Cendol & Bismillah Cendol (Taiping)

2. Apam balik

Image via Adobe Stock

Kalau pergi ke pasar malam, mesti anda akan jumpa banyak gerai yang menjual apam balik. Tidak kisahlah, apam balik tebal ke, nipis ke, yang pasti lempeng manis yang diisi dengan kacang, jagung manis dan gula ini memang merupakan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira usia tua atau muda.

Terkenal di negeri: Penang, Kelantan, Perak & Lembah Klang

Gerai yang anda harus cuba: Apong Guan (George Town), Apam Balik Stall (Petaling Street), Apam Balik Nusantara (KL), Apam Balik Station

3. Putu mayam

Zaman masa kecil dulu, kami suka tunggu uncle Muthu lalu depan rumah sebab nak beli putu mayam. Putu mayam ini adalah adunan tepung, santan dan air yang seterusnya dijadikan bentuk seperti bihun.

Ia kemudian dikukus dan dimakan bersama gula pasir merah dan kelapa parut. Sedapnya! Boleh makan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Terkenal di negeri: Penang, Perak dan Kuala Lumpur

Gerai yang anda harus cuba: Pasar malam SS3 (PJ), Jalan Pasar, Pulau Tikus (Penang), Lorong Pasar Little India (KL)

4. Onde-onde / buah melaka

Image via Stock Image

Kuih tradisional yang berbentuk bulat ini adalah adunan beras pulut yang diisi dengan gula melaka, kemudian diuli menjadi bulat, direbus dan digaul dengan kelapa parut. Bila makan panas-panas itu, kemudian gigit pulak gula melaka yang cair di dalamnya. Memang layan!

Terkenal di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan & Selangor

Kedai yang anda harus cuba: Nyonya Colours (One Utama), A’Han Nyonya Kuih (PJ), Melaka Corner

5. Kuih seri muka

Kalau anda pergi ke kenduri, majlis-majlis di pejabat ataupun potluck, tidak lengkap kalau tiada kuih seri muka. Kuih seri muka ini terdiri daripada lapisan pulut dan kastard pandan manis yang kemudian dikukus. Rasa pulut yang lemak bersama kastard pandan manis itu memang boleh buat makan tidak berhenti.

Terkenal di negeri: Johor dan Terengganu

Kedai yang anda harus cuba: Mak Jah Corner (Ampang Jaya), My Little Cake Shoppe (TTDI)

Terliurlah pula selepas tengok segala jenis pencuci mulut ini. Lepas ini, confirm anda pun terus rasa nak pergi cari dan beli kan?

Tapi, tidak lengkap rasa setiap pencuci mulut ini kalau tiada gula untuk pemanis. Gula pilihan kami, semestinya gula CSR!

Image via CSR Malaysia

Central Sugars Refinery (CSR) memang satu jenama yang tidak asing lagi dan sudah pun menjadi pilihan utama rakyat Malaysia selama lebih dari lima dekad.

Berkomitmen untuk memenuhi keperluan seharian pengguna, CSR juga mementingkan kualiti dan inovasi produknya dengan menawarkan gula yang bukan sekadar menjadi pemanis, malah sebagai pengawet, pengubah tekstur, perasa dan pewarna yang dapat menyedapkan lagi makanan dan masakan anda.

Image via CSR Malaysia

Selain gula halus biasa, CSR juga mempunyai pelbagai variasi gula dan pemanis seperti gula perang, gula merah, gula aising, gula kastor, golden syrup dan juga campuran gula dan stevia yang semestinya lebih sihat, lebih baik dan lebih enak.

Sebagai meraikan dan memperingati kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun, CSR Sugar ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua yang telah menyokong perjalanan mereka selama 56 tahun ini. Selamat Hari Kebangsaan dari CSR!

Jom dapatkan produk CSR di Lazada CSR Flagship Store dan layari laman web CSR Malaysia, Facebook dan Instagram CSR Teman Sajian  untuk sebarang maklumat lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik