seismik

Ini 5 Tempat Air Terjun Yang Menarik Untuk Anda Habiskan Hujung Minggu Bersama Keluarga

Tunggu apa lagi, jom pergi!

Cover image via Mai Singgah & Kosmo!

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh A&W Malaysia.

Semua orang punya keinginan untuk berkunjung ke yang tempat menarik bagi menenangkan fikiran atau menghilangkan tekanan

Walaupun ramai yang suka terbang ke luar negara, tetapi tahukah anda bahawa banyak tarikan menarik yang boleh diteroka di negara kita sendiri bersama keluarga tersayang.

Kalau anda bosan dengan suasana bandar, apa kata anda cuba ajak keluarga atau kawan-kawan untuk berkelah di air terjun.

Image via GIPHY

5 lokasi air terjun menarik yang patut anda kunjungi

Aktiviti hujung minggu sering dihabiskan untuk berhibur, melakukan aktiviti dan bergelak ketawa bersama keluarga atau kawan-kawan.

Jika anda masih belum ada apa-apa plan lagi untuk menghabiskan cuti hujung minggu, apa kata anda berkunjung dan berkelah di kawasan air terjun yang pasti menjanjikan ketenangan dan keindahan alam semula jadi.

Ini lima air terjun yang anda patut cuba.

1. Air Terjun Templer

Untuk pengetahuan anda, air terjun Templer terletak di Hutan Simpan Templer di kawasan jalan Kuala Lumpur, Rawang dan sering menjadi perhatian orang ramai kerana lokasinya yang dekat dengan ibu kota.

Image via Viator

Dengan keindahan panorama yang memukau serta menjanjikan kelainan, kedinginan air sungai dan air terjun bertingkat yang menarik ini pastinya menjadi tempat pilihan ramai orang untuk berkelah.

2. Air Terjun Sungai Congkak

Air terjun Sungai Congkak memang sangat popular di kalangan penduduk setempat serta pelancong, air terjun ini menjanjikan keunikannya yang tersendiri.

Jadi, kepada mereka yang berkunjung dan mahu menghabiskan masa berharga bersama orang yang tersayang bolehlah cuba nanti.

Image via Mai SInggah

Dengan keindahan flora yang menghijau serta fasiliti yang lengkap seperti tapak perkhemahan, pondok rehat dan sebagainya untuk memberi keselesaan kepada anda, jadi jangan lupa singgah mandi air terjun yang sejuk ini di Sungai Congkak, Hulu Langat.

3. Air Terjun Sungai Tua

Air Terjun Sungai Tua terletak di Ulu Yam, lokasi ini juga menggamit perhatian ramai pengunjung kerana jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur.

Image via Mai Singgah

Air terjun Sungai Tua ini juga sangat sesuai untuk mereka yang dah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil kerana terdapat kawasan air terjun yang cetek. 

Selain itu, air terjun ini juga menjanjikan banyak kawasan yang menarik untuk anda yang suka bergambar.

4. Air Terjun Sungai Chilling

Terletak di Kuala Kubu Bharu, lokasi air terjun Sungai Chilling ini sesuai untuk anda yang mahu berkelah bersama keluarga atau kawan-kawan yang gemar melakukan aktiviti lasak dan mencabar fizikal, jiwa serta minda.

Bukan apa, anda sebenarnya perlu merentasi lima batang anak sungai yang keadaannya berbatu-batu serta agak licin. Anda juga perlu melepasi jambatan gantung untuk sampai ke air terjun bertingkat ini.

5. Air Terjun Kubang Gajah

Siapa-siapa yang berhajat mahu adakan aktiviti barbeku bersama keluarga atau kawan-kawan, bolehlah jadikan air terjun Kubang Gajah yang terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang ini sebagai destinasi pilihan.

Anda akan disajikan dengan kejernihan dan kesejukan air, kawasan yang indah dengan flora serta pemandangan yang menenangkan serta kolam takungan air yang dilengkapi dengan kemudahan chalet yang pastinya membuatkan anda gembira menghabiskan masa di sana.

Kalau diikutkan, memang ada rasa tak sabar nak rancang pergi ke tempat air terjun ini. Tapi sebelum itu, anda tahu nak bawa bekal apa yang mudah nanti kalau pergi ke sana? Dah mandi-mandi mesti laparkan?

Jom kami kongsikan satu menu yang sesuai untuk anda bawa nanti.

A&W menyajikan sesuatu yang mudah, sedap dan yang penting ‘boneless’

Kalau dah namanya berkelah, mesti kena bawa makanan. Mesti anda terfikir mahu bawa apa yang mudah dan tidak akan mengotorkan tempat yang bakal dikunjungi.

Bila kali terakhir anda berkunjung ke A&W? Bagi yang dah lama tak singgah A&W, mungkin inilah masa terbaik untuk pergi kerana ada sesuatu yang menanti anda.

Image via OHBULAN!

Apa kata anda cuba menu terbaru dari A&W iaitu Boneless Surf & Turf. Mudah, cepat dan yang paling penting sedap.

Bukan setakat ada menu ayam, tetapi ikan juga ada. Bila anda makan A&W Boneless Surf & Turf, anda dapat rasakan isinya yang lembut. Sesuai juga untuk anak kecil sebab ia boneless.

Memang sesuai untuk dibawa berkelah nanti sebab mudah untuk anda kemas dan tidak akan mengotorkan tempat tersebut.

Menggunakan ramuan signature A&W Golden Aroma® yang mempunyai rasanya tersendiri dan membuatkan ia berbeza dari yang lain, pedas rempahnya memang akan menangkap deria rasa anda dan wajib dicuba.

Image via OHBULAN!

A&W hanya menggunakan tender ayam dan ikan yang sebenar untuk memastikan setiap pelanggan mereka berpuas hati dengan hidangan tersebut. Memang tidak dinafikan mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang segar.

Bagi pendapat kami, memang sangat berbaloi dan sesuai untuk dibawa kemana-mana sebab ia boneless dan mudah untuk dimakan, selain itu ia juga didatangkan dengan set french fries dan air A&W RB.

Pencuci mulut yang kaya dengan coklat

Aiskrim merupakan satu-satunya keinginan yang dicari ramai untuk membasahkan tekak. Semua orang tahu ia adalah pencuci mulut yang sememangnya digemari ramai.

Ia sangat enak dinikmati ketika musim panas lagi-lagi tengah bersantai. Bagi kami, tidak lengkap sesi bersantai kalau tidak dipadankan dengan sesuatu yang manis.

Nasib baik A&W ada pencuci mulut yang memang kena dengan tekak rakyat Malaysia. Sudah pastinya Choco Dino yang kaya dengan coklat.

Ia didatangkan dengan dua versi yang anda boleh pilih, antaranya:

1. Choco Dino Waffle-To-Go

Image via OHBULAN!

Aiskrim yang mempunyai sos coklat ini kaya dengan serbuk koko dan Wafel istimewa A&W.

2. Choco Dino Sundae

Image via OHBULAN!

Aiskrim sundae vanilla yang mempunyai sos coklat ini pula kaya dengan serbuk koko di atasnya.

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat pergi ke A&W sekarang juga dan rasa sendiri menu terbaru ini!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh saja layari laman web rasmi A&W Malaysia atau Facebook, Instagram dan Twitter mereka!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik