Ini 6 Jenis Ubat Yang Sentiasa Berguna & Wajib Anda Sediakan Selalu Dalam Beg

Lagi-lagi kalau yang suka travel tu!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bawa beberapa ubat asas sememangnya berguna sama ada anda mahu bercuti, melancong atau sekadar pergi bekerja

Ia sememangnya membantu apabila anda mengalami simptom-simptom kecil yang biasa seperti sakit kepala, alahan, mabuk perjalanan atau senak.

Selain itu ubat-ubatan ini mampu mengelakkan anda daripada berbelanja pergi ke farmasi apabila kesakitan itu terasa semakin teruk.

SAYS.com
Image via Magnific

1. Paracetamol

Digunakan untuk: Demam, sakit kepala, sakit badan dan sakit-sakit ringan yang lain.

Paracetamol mungkin merupakan salah satu ubat yang paling berguna untuk dimiliki. Ia boleh membantu melegakan sakit ringan dan menurunkan demam, menjadikannya berguna untuk perkara seperti sakit kepala, sakit badan dan kesakitan yang berkaitan dengan sakit tekak ringan.

Walau bagaimanapun anda diingatkan untuk tidak mengambil lebih daripada dos yang disyorkan dan berjumpa doktor jika simptom tidak hilang. Paracetamol boleh melegakan simptom, tetapi ia tidak merawat punca sebenar.

SAYS.com
Image via Lifestylememory/Magnific

2. Ubat tahan sakit (painkillers)

Contoh: Ibuprofen, naproxen

Digunakan untuk: Sakit otot, senggugut, sakit kepala dan kesakitan lain yang melibatkan keradangan.

Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen boleh berguna untuk kesakitan yang disebabkan oleh keradangan, termasuk sakit otot dan kekejangan senggugut.

Walau bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk semua orang. Ia boleh merengsakan perut terutamanya dengan penggunaan dos yang kerap atau tinggi, meningkatkan risiko ulser perut dan pendarahan.

Jika anda mengambil ubat-ubatan ini, kebiasaannya adalah lebih baik untuk mengambilnya bersama atau selepas makan.

3. Antihistamines

Contoh: Cetirizine, loratadine, chlorpheniramine, diphenhydramine

Digunakan untuk: Alahan, bersin, hidung berair, kegatalan dan gigitan serangga.

Jika anda seseorang yang mula bersin sebaik sahaja anda terdedah dengan habuk, adalah lebih baik untuk sentiasa membawa antihistamine.

Antihistamine juga boleh membantu melegakan kegatalan akibat reaksi alahan dan gigitan serangga.

Sesetengah antihistamine generasi pertama yang lebih lama seperti diphenhydramine dan chlorpheniramine boleh membuatkan anda mengantuk, manakala pilihan yang lebih baharu seperti loratadine dan cetirizine biasanya kurang menenangkan.

Jika ubat membuatkan anda mengantuk, elakkan memandu selepas mengambilnya.

SAYS.com
Image via benzoix/Magnific

4. Ubat mabuk pergerakan

Contoh: Dimenhydrinate

Digunakan untuk: Mabuk perjalanan, mabuk kereta dan mabuk laut.

Jika anda cenderung berasa loya semasa menaiki kereta perjalanan yang jauh, bot atau penerbangan, membawa ubat ini boleh menjadikan perjalanan anda lebih tenang.

Dimenhydrinate boleh membantu mencegah dan merawat loya, muntah, pening dan gejala lain yang berkaitan dengan mabuk ketika bergerak.

Walau bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan rasa mengantuk, jadi jangan terkejut jika anda rasa ingin tidur sebaik sahaja mengambilnya.

5. Ubat cirit-birit

Contoh: Loperamide

Digunakan untuk: Kelegaan jangka pendek bagi cirit-birit yang tidak serius.

Walaupun cirit-birit selalunya merupakan tindak balas badan anda terhadap sesuatu yang tidak menjadi kegemaran, episod yang berulang juga boleh menyebabkan dehidrasi. Minum banyak cecair dan menggantikan elektrolit yang hilang harus menjadi keutamaan jika alami cirit-birit.

Walau bagaimanapun, loperamide boleh memberikan kelegaan jangka pendek untuk cirit-birit yang tidak rumit, yang boleh menjadi sangat berguna apabila anda melancong.

SAYS.com
Image via jcomp/Magnific

6. Ubat asid refluks

Contoh: Gaviscon, omeprazole

Digunakan untuk: Pedih ulu hati berkala, refluks asid dan senak.

Sama ada anda makan makanan yang berat atau hanya mengalami pedih ulu hati sekali-sekala, ubat ini boleh memberikan kelegaan jangka pendek daripada gejala.

Produk antasid seperti Gaviscon boleh membantu melegakan pedih ulu hati dan asid refluks, manakala ubat-ubatan seperti omeprazole berfungsi secara berbeza dengan mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan oleh perut.

Walaupun ubat-ubatan ini berguna untuk menguruskan simptom-simptom kecil dan biasa, ia bukanlah pengganti untuk rawatan perubatan

Dapatkan rawatan perubatan jika simptom anda menunjukkan kesan berterusan atau semakin teruk.

Selain itu, walaupun ubat-ubatan ini biasanya tersedia tanpa preskripsi, ia mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Jika anda mempunyai keadaan kesihatan tersendiri, pastikan untuk semak dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

Penafian: Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja dan ia tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang diterbitkan dalam artikel ini tidak bertujuan untuk menggantikan atau menambah rundingan dengan profesional kesihatan mengenai penjagaan perubatan pembaca sendiri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik