seismik

Ini 6 Produk Yang Wajib Ada Untuk Bantu Anda, Raya Lebih Mudah Bersama Corvan!

Settle semua masalah!

Cover image via @_sarahmohdshah (Corvan Spot Cleaner S6) & @its.shareenaz (Corvan K18 Pro)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Corvan.

Selesai berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri pula yang disambut

Banyak persiapan perlu dibuat. Kena beli baju raya, pasang langsir baru, sediakan kuih raya dan banyak lagi. Mesti busy punya lah!

Sebelum hias rumah untuk raya, kena lah bersihkan dulu setiap sudut yang berhabuk itu. Kebersihan ini penting sebab waktu raya lah tetamu akan datang berkunjung. Rumah kena bersih dan selesa, baru lah mood raya itu ada.

Membersih memang penat dan perlukan banyak tenaga. Tapi kalau anda ada barang yang kami senaraikan dekat bawah ini, mudah lah hidup anda!

Corvan sudah tidak asing lagi di pasaran e-commerce terutamanya dengan kemunculan Corvan K18 2-dalam-1 (Vacuum & Mop) yang menjadi fenomena dan sering diperkata orang ramai

Kami setuju bila orang ramai rekomen dan beri review positif tentang jenama Corvan ini. Nak tahu tak kenapa?

  1. Servis selepas jualan mereka memang memuaskan hati. Corvan akan sediakan video setup di Youtube tapi kalau ada apa-apa pertanyaan tentang produk, boleh hubungi Corvan team, mereka sedia membantu.

  2. Semua produk Corvan datang dengan 1 tahun waranti, dan waranti motor selama 5 tahun disediakan untuk semua model vacuum.

  3. Produk Corvan ini memang direka lebih ringan supaya ia mudah untuk dikendalikan dan selesa untuk digunakan semasa kerja pembersihan.

  4. Paling best, kombinasi warna produk Corvan ini memang cantik dan aesthetic. Sesuai untuk letak kat mana-mana penjuru rumah, sama ada di dapur atau ruang tamu.

Ini antara barangan di Corvan yang boleh bantu anda bersihkan rumah untuk raya. Jom tengok!

Corvan Spot Cleaner S6

Corvan Spot Cleaner S6 digunakan untuk cuci kotoran atau tompokan yang ada pada permukaan pelbagai jenis fabrik seperti karpet dan sofa. Dengan kuasa sedutan penembusan yang kuat, vacuum ini direka untuk membasmi kotoran, bau, hama habuk dan banyak lagi.

Ia juga dilengkapi dengan hos dan kabel kuasa yang panjang. Anda boleh capai mana-mana kawasan untuk membersih dengan mudah!

Image via GIPHY

Corvan Power Scrub P8

Banyak kotoran degil pada dapur dan bilik air? Jangan risau. Guna Corvan Power Scrub P8, selesai masalah!

Corvan Power Scrub P8 ialah penyental elektrik tanpa wayar yang dilengkapi motor berkuasa SuperTorque. Dilengkapi dengan berus dan pad yang boleh ditukar ganti, serta batang sambungan dan pemegang, kerja menyental jadi lebih mudah.

Paling best, Corvan Power Scrub P8 boleh beroperasi sehingga 100min. Ia ringan, mudah digunakan dan kalis air. Setiap sudut cermin, dapur, sinki dan lain-lain nampak berkilat. Tak perlu sental guna tangan lagi!

Image via GIPHY

Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum & Mop K18 / K18 Pro

Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum K18/K18 Pro didatangi dengan fungsi vakum dan mop dalam satu masa yang sama. Jimat masa dan tenaga!

Ada tetamu nak datang raya tiba-tiba? Tak perlu kelam-kabut untuk bersihkan rumah. Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum K18/K18 Pro memiliki Ultra Strong Suction sehingga 201AW. Semua kotoran dapat disedut dengan mudah dan cepat!

Bukan setakat ringan, Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum K18/K18 Pro ini dilengkapi tetapan drive-assist yang membolehkan ia meluncur dengan laju dan mudah untuk dikendalikan. Ia datang dengan warna yang pasti memikat hati ramai, terutamanya para wanita, Corvan K18 kelihatan eksklusif dengan warna Royal Blue manakala Corvan K18 Pro sangat elegan dengan warna Rose Gold!

Image via GIPHY

Corvan Anti-Tangle Cordless Vacuum K9 Pro

Anda memiliki si bulus di rumah? Risau bulu mereka yang selalu gugur? Paling takut kalau tetamu tak selesa waktu raya nanti. Sebenarnya anda perlukan Corvan Anti-Tangle Cordless Vacuum K9 Pro. Pilihan tepat buat pencinta haiwan!

Selain memiliki berus Anti-Tangle, Corvan K9 Pro ini sangat unik apabila didatangkan dengan sensor Infrared yang mampu menyesuaikan kuasa sedutan dengan jenis kotoran yang disedut. Secara ringkasnya, jika vacuum ini mengesan kotoran yang besar atau berat, kuasa sedutan ini akan berubah ke Turbo Mode secara automatik, ciri ini mampu memberi kesan pembersihan yang sangat efektif.

Dengan Super Strong Suction (175AW), Corvan Anti-Tangle Cordless Vacuum K9 Pro boleh bantu anda bersihkan serpihan makanan pada lantai dan karpet dengan mudah. Mana lah tahu kalau-kalau ada serpihan kuih raya jatuh ke kan?

Image via GIPHY

Corvan Cordless Vacuum K6/K6s

Kalau anda tengah cari vakum terbaik yang mampu milik, kami rekomen Corvan Cordless Vacuum K6/K6s. Ia memiliki spesifikasi yang cukup sesuai untuk kerja pembersihan harian pada musim raya.

Kekuatan penyedutan Corvan Cordless Vacuum K6/K6s cukup kuat untuk anda sedut habuk, rambut dan kotoran lain pada semua jenis lantai termasuk karpet. Bateri Corvan K6/K6s ini boleh tahan selama 40 minit dengan sekali cas.

Dari segi filter, Corvan Cordless Vacuum K6/K6s mempunyai 3-stage HEPA filter yang boleh dibasuh dan digunakan semula. Paling best bila guna, tak perlu selalu tekan. Cukup tekan sekali untuk on atau off. Ringan dan mudah digunakan, patutlah diminati ramai!

Image via GIPHY

Corvan Cordless Mop picaMop T7

Raya setahun sekali. Kadang-kadang kena mop lantai rumah supaya bersih dan berkilat. Tapi pening kalau nak sental kotoran degil pada lantai kan? Penat dan sakit belakang kalau mop lama-lama. Baik anda guna Corvan Cordless Mop picaMop T7, mop elektrik terbaik!

Corvan Cordless Mop picaMop T7 dilengkapi twin rotor berkuasa dengan lampu LED. Mudah nak mop lantai dan anda boleh nampak kekotoran pada lantai dengan lebih jelas.

Apa yang bagus tentang Corvan Cordless Mop picaMop T7? Anda tak perlu guna cecair pencuci khas untuk mop sebarang permukaan sebab mop elektrik ini tetap boleh kilatkan lantai walaupun hanya air bersih biasa. Hebatnya!

Image via GIPHY

Wah, tak sangka banyak juga pilihan alat pembersihan yang ada di Corvan!

Sampai rambang mata dibuatnya. Selain alat pembersihan, Corvan juga mempunyai peralatan dapur, penjagaan diri dan sebagainya.

Nak tahu masa paling sesuai untuk dapatkan produk Corvan? 4 April, 11 April dan 18 April ini, pastikan anda tak terlepas Jualan Raya Mega Corvan di semua online platform seperti Shopee, Lazada dan Laman Web Rasmi Corvan.

Image via Corvan

Diskaun ditawarkan sehingga 80%, voucher tambahan yang menarik dan pelbagai Hadiah Percuma disediakan! Yang paling best, special untuk 4.4 sahaja, setiap pembelian Corvan K18/K18 Pro, anda boleh bawa pulang Corvan Air Fryer yang bernilai sehingga RM899!

Menarik kan? So, pangkah kalendar anda siap-siap sebab stok sangat limited dan promo ini jarang-jarang berlaku ya! Kalau nak info lanjut, boleh follow Instagram dan Facebook Corvan, semua update ada kat situ.

Kalau berminat, anda klik link di bawah ini okay?

Shopee I Lazada

Nak tahu lebih lanjut tentang barangan yang ada di Corvan? Terus ke laman web di www.corvan.com.my. Moga rumah anda bersih dan selesa di Hari Raya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik