seismik

Ini 8 Tarikh Penting Dalam Kalendar Islam Tahun 2025 Yang Umat Islam Perlu Ambil Tahu

Save dalam kalendar korang ya.

Cover image via Lamb & Lion (Gambar sekadar hiasan) & Zoya Blog (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai umat Islam, adalah bagus jika kita lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT

Dalam setahun akan ada hari-hari penting bagi umat Islam yang perlu kita ambil tahu dan memperbaiki diri.

Malah, setiap tarikh ini mengingatkan dengan amalan-amalan yang baik dan membuat kebaikan sesama manusia. Dengan menyedari tarikh-tarikh ini, inshaAllah ia akan membuat kita menjadi Muslim yang lebih baik.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Britannica

1. 27 Rejab 1446 (27 Januari 2025) - Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting dalam kepercayaan agama Islam yang dipercayai terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 pada masa Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa ini merupakan peristiwa yang penting dan selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

2. 1 Ramadan 1446 (2 Mac 2025) - Awal Ramadan

Ramadan ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa.

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan disamping itu meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai.

3. 17 Ramadan 1446 (18 Mac 2025) - Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

4. 1 Syawal 1446 (31 Mac 2025) - Hari Raya Puasa/ Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa  bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. 

5. 1 Zulhijjah 1446 (29 Mei 2025) - Awal Zulhijjah

Bulan Zulhijah dikenali sebagai bulan haji turut dipilih oleh Allah SWT untuk mengurniakan pahala yang istimewa kepada setiap umat Islam. Kelebihan bulan Zulhijah dijelaskan menerusi firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Demi waktu fajar. Dan (demi) malam-malam yang sepuluh." (Surah al-Fajr, ayat 1-2).

6. 10 Zulhijjah 1446 (7 Jun 2025) - Hari Raya Korban/ Aidiladha

Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Amalan sewaktu Hari Raya Aidiladha melibatkan penyembelihan binatang dan pembahagian daging dalam tiga bahagian yang sama untuk keluarga, untuk saudara dan rakan, dan untuk orang miskin. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap Muslim dapat makan daging.

7. 1 Muharam 1447 (27 Jun 2025) - Awal Muharam/ Maal Hijrah

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana hari tersebut menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam.

8. 12 Rabiulawal 1447 (5 September 2025) - Maulidur Rasul

Maulud Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul ialah hari keputeraan Nabi Muhammad, nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Jangan lupa save tarikh-tarikh penting ini dan mari kita sama-sama muhasabah diri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: