Ini Antara Aktiviti Menarik Ditemui Dilakukan Para Pelumba F1 Sebaik Tiba Di Malaysia
Daripada ada yang bermain sepak takraw sampailah ke taman tema air.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa pelumba F1 telah pun tiba di Malaysia menjelang Grand Prix Bahrain di Sepang pada hujung minggu ini
Rakyat Malaysia kini hangat memperkatakan tentang ketibaan pasukan, kru dan para pelumba F1 sedang berada di negara ini menjelang perlumbaan tersebut.
Sementara sesetengah pelumba sibuk membuat persiapan untuk hujung minggu yang penting ini, ada yang memanfaatkan masa mereka di Malaysia sebaik mungkin, daripada bermain golf dan go-kart hinggalah beriadah di taman tema air.
Berikut antara aktiviti yang diperhatikan dilakukan mereka setakat ini:
1. Semuanya bermula apabila George Russell berkongsi hantaran di dalam pesawat dalam perjalanan ke Malaysia
Pelumba Mercedes, George Russell, memulakan langkah dengan berkongsi gambar dirinya bersama beberapa pelumba lain di dalam seperti sebuah pesawat peribadi.
Gambar tersebut menampilkan Alex Albon (Williams), Carlos Sainz (Williams), Lando Norris (McLaren) dan Ollie Bearman (Haas).
"Dalam perjalanan ke Malaysia 🇲🇾," tulis Russell pada hantaran tersebut.
2. Ada yang meluangkan masa bermain golf dan go-kart di Langkawi
Sebelum menuju ke Sepang, ada pelumba dilihat sedang menikmati masa terluang di Langkawi.
Alex Albon, Ollie Bearman, George Russell, Carlos Sainz, Oscar Piastri (McLaren), dan Gabi Bortoleto (Audi) dilihat bermain golf serta go-kart di pulau tersebut.
View on Threads
3. Kimi Antonelli meluangkan masa seharian di taman tema air
Pelumba Mercedes, Kimi Antonelli, turut berkongsi sedikit gambaran mengenai aktivitinya sebelum perlumbaan, sambil menyatakan bahawa dia memerlukan sedikit 'suntikan' adrenalin.
Atlet berusia 20 tahun itu memuat naik video memaparkan dirinya sedang menikmati masa di SplashMania WaterPark, Gamuda Cove.
"Aktiviti santai sebelum hujung minggu," tulisnya pada kapsyen video tersebut.
4. Pasukan media sosial Mercedes turut memanfaatkan sepenuhnya masa mereka di sini
Pasukan media sosial Mercedes giat menghasilkan pelbagai kandungan yang menampilkan Russell dan Antonelli, dengan PETRONAS bertindak sebagai rakan kongsi utama pasukan.
Dalam satu video yang dikeluarkan, Antonelli dilihat merakam aksi Russell sedang mengisi minyak kereta di stesen PETRONAS.
"Apabila anda tiba di stesen minyak dan mendapati individu ini sedang berada di pam minyak," tulis Mercedes pada kapsyen video tersebut.
Kedua-dua pelumba itu juga dijadualkan bertemu peminat dalam satu acara ramah mesra anjuran PETRONAS di Plaza PETRONAS, KLCC hari ini, 30 September.
5. Valtteri Bottas meluangkan masa untuk berbasikal
Pelumba Cadillac itu turut berkongsi beberapa momen pengalamannya di Malaysia. Bottas memuat naik video yang memaparkan dirinya di lokasi yang dikenal pasti oleh peminat, Golden Palm Tree Sepang Resort.
Sementara itu, menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories, dia dilihat berbasikal di jalan raya dikelilingi ladang kelapa sawit, sambil menyatakan bahawa dia sedang menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia.

6. Max Verstappen dilihat bermain sepak takraw
Selain itu, terdapat juga Max Verstappen, yang nampaknya telah mencuba salah satu sukan warisan negara.
Red Bull Racing berkongsi gambar Verstappen dan Daniel Ricciardo bermain sepak takraw bersama beberapa pemain kebangsaan.
Anyone fancing a game of sepak takraw?#F1 || #BahrainGP in 🇲🇾 pic.twitter.com/9W444i78Gk
— Oracle Red Bull Racing (@redbullracing) September 29, 2026
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via