seismik

Ini Cara Buat Kurma Mentega Kegemaran Rasulullah SAW Yang Sedap & Khasiatnya

Okay mesti kena cuba!

Cover image via Facebook (Muhammad Hassan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah dengar tentang kurma mentega?

Image via newswav.com

Baru-baru ini tular mengenai kurma mentega apabila orang ramai mula berkongsi mengenai juadah itu di media sosial. Adakah ini trend terbaru? 

Kalau anda nak tahu, kurma mentega adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW yang disarankan untuk kita memakannya tambah-tambah lagi pada bulan Ramadan.

Dalam satu hadis, dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:

“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Apa khasiat kurma mentega?

Menurut penjelasan Syaza Nutritionist, tiada masalah untuk makan kurma dengan cara ini, namun, ia tentu akan menyebabkan pertambahan kalori berbanding buah kurma biasa.

Memetik hantaran beliau di Facebook:

“Ada yang kata cara ni bagus mereka yang ada masalah dengan insulin resistance kerana butter (sumber lemak) boleh melambatkan sedikit kenaikan paras insulin apabila dipasangkan dengan kurma(karbohidrat). Tapi betul ke?”

“Ikutkan kurma tu sendiri bukanlah kategori buah-buahan yang tinggi glycemic index, sebab ia sangat tinggi dengan kandungan serat. Mengikut kajian rata-rata pesakit diabetes boleh mengambil 2-3 biji kurma atau satu sajian dan tidak menyebabkan kenaikan gula yang mendadak walaupun selepas 2 jam pengambilan.”

“Jadi kalau nak tambah tenaga? Extra kalori? Tapi taknak makan nasi? Yes, boleh tambah butter atau sumber lemak yg lain cuma janganlaa banyak sangattt..setakat hujung2 sudu pun dah membantu.”

“Dan pastikan butter! Bukan planta or margarine haa lagi teruk jadinya tak pasal-pasal lemak trans korang ambik.”


Nak lagi sedap simpan dalam peti ais selama 30 minit!

Manakala, dalam satu hantaran di Facebook, Muhammad Hassan berkongsi cara-cara membuat kurma mentega seperti di bawah:

Semalam syeikh mesir juga guru Al Quran saya datang ziarah di showroom. Saya hidangkan beliau zaatar dan minyak zaitun Al Ard.

Kebetulan ada kurma medjoul ps. Syeikh ajar buang biji kurma dan letak kacang badam. Tapi saya nak bagi sedap lagi saya letak butter dan pelbagai kacang. (Melawan hukum syeikh).

Serius tak tipu memang sedap giler. Kurma medjoul ni lembut cair dalam mulut, ditambah pula dengan rasa lemak masin dari butter dan rangup dari kacang badam.

Nak lagi sedap letak dalam peti sejuk 30 minit. Makan dalam keadaan sejuk butter lagi rasa sedap berlemak macam kita makan aiskrim.

Makan sebiji dah cukup jika untuk sahur nanti. Serius saya makan malam tadi sekarang jam 11am masih lagi rasa kenyang.

Kalian patut cuba untuk sahur nanti.

Image via fbcdn.net

Ternyata sudah ramai mencuba resipi ini dan berkongsi mengenai keenakannya

Selamat mencuba! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: