seismik

Ini ‘Step By Step’ Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Jadi Pekerja Tenaga Mahir Di Australia

Senarai pekerjaan tersebut mempunyai lebih 178 pekerjaan tenaga mahir baru.

Cover image via accionpreferente.com

Baru-baru ini kami ada berkongsi mengenai satu artikel peluang pekerjaan yang dibuka oleh kerajaan Australia buat sesiapa yang ingin berhijrah ke sana. Jika anda belum baca, anda boleh klik di SINI

Lebih 200 pekerjaan tenaga mahir yang ditawarkan di negara tersebut untuk program pengambilan imigresen bagi tahun 2017-18 dan ia berkuatkuasa bermula 1 Julai 2017, Sabtu lalu.

Pekerjaan yang ditawarkan adalah dalam bidang kemahiran awam yang terbahagi kepada dua iaitu Medium and Long-term Strategic Skills List (MLTSSL) dan Short-term Skilled Occupation List (STSOL).

Jadi, bagaimana caranya untuk memohon pekerjaan-pekerjaan tersebut? Ini prosedur yang perlu and lakukan:

1. Memohon visa migrasi mahir

Image via SBS

Langkah pertama dalam proses General Skilled Migration adalah dengan mengemukakan Expression of Interest (EOI) dalam SkillSelect. SkillSelect adalah sistem dalam talian Jabatan untuk membantu proses migrasi mahir.

SkillSelect boleh digunakan untuk menghantar EOI untuk semua subclass visa mahir termasuk general skilled migration, employer sponsored visas dan business visas. SkillSelect adalah wajib untuk proses permohonan. Selepas EOI telah dihantar, anda mungkin akan diminta untuk memohon visa migrasi mahir.

Info lanjut: SkillSelect.

2. Menjalani penilaian kemahiran dengan pihak berkuasa penilai

Image via Gomez Lawyers

Keperluan yang diperlukan untuk general skilled migration visa adalah penilaian kemahiran yang sah yang dikeluarkan sebelum tarikh permohonan visa. Anda mesti menyediakan penilaian kemahiran yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa penilai untuk pekerjaan yang dimohon.

Info lanjut: Skills assessment and assessing authorities.

3. Kelayakan Bahasa Inggeris

Image via British Council

Anda mesti memenuhi keperluan untuk kelayakan bahasa Inggeris. Anda perlu menjalani ujian bahasa Inggeris yang sesuai tidak melebihi 36 bulan sebelum anda memohon visa.

Buat rakyat Malaysia, International English Language Testing System (IELTS) adalah diterima.

Skor yang diperlukan adalah seperti berikut:

4. Permohonan General Skilled Migration (GSM)

Selepas anda membuat permohonan, ia akan diagihkan kepada Pegawai Pemprosesan Visa. Pegawai Pemprosesan Visa anda akan menghubungi anda secara bertulis untuk proses seterusnya.

Jika anda telah menyediakan dokumentasi untuk menyokong permohonan visa anda, anda tidak perlu menghubungi mereka. Mereka akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

Ini adalah dua visa yang anda perlukan untuk memohon pekerjaan tenaga mahir baru untuk program pengambilan imigresen bagi tahun 2017-18:

a) Employer Nominated Scheme (subclass 186) – Direct Entry Stream

Visa ini adalah visa kediaman tetap untuk pekerja mahir. Anda layak menerima visa ini sekiranya anda:

- Telah dicalonkan oleh majikan Australia yang diluluskan.
- Berumur tidak melebihi 45 tahun.
- Memenuhi semua prasyarat yang ditetapkan.
- Memohon di bawah bidang yang telah dicalonkan.

Tempoh bekerja;
- Tetap

Kos yang diperlukan:
- Dari AUD 3,670.

Tempoh process:
- 75% permohonan diproses dalam masa 8 bulan.

Image via SBS

b) Temporary Work (Skilled) visa (subclass 457)

Visa ini membolehkan pekerja mahir ke Australia bekerja dalam bidang mereka di bawah penaja yang diluluskan sehingga tempoh empat tahun.

Anda layak menerima visa ini sekiranya anda:

- Anda telah ditaja oleh perniagaan yang diluluskan.
- Anda mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengisi jawatan yang dicalonkan oleh perniagaan yang diluluskan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara berhijrah ke Australia sebagai profesional yang mahir dan butiran lain yang berkaitan, klik SINI.

Maklumat lanjut mengenai jenis visa dan pihak berkuasa penilai boleh didapati di sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat senarai pekerjaan tenaga mahir baru Australia di SINI:

Petik buah di Australia? Ini artikel tentang realiti bekerja di sana:

You may be interested in: