"Ini Ke Cara Selesai Masalah" - Lelaki Ini Kongsi Pendapat, Anggap Menu Rahmah Idea Kolot
Kalau korang pula?
Baru-baru ini, kerajaan ada melancarkan inisiatif Menu Rahmah kepada semua rakyat Malaysia
Ia bertujuan untuk memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.
Dalam satu kenyataan, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata menerusi inisiatif itu, diharap tiada lagi golongan sasar yang tidak mampu membeli makanan di restoran.
Namun, tular pula di TikTok apabila ada seorang individu yang memberikan pendapatnya sendiri tentang inisiatif dan mendakwa beberapa perkara.
Lihat video itu di bawah:
Dakwa untuk melupakan harga barangan yang naik
Menerusi video tersebut, lelaki itu memberikan pendapatnya tentang inisiatif kerajaan tentang Menu Rahmah itu.
Dia mendakwa sebenarnya menteri gagal menurunkan harga barang dan disebabkan itu kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah ini.
Malah, dia juga memberitahu ia turut terkesan kepada peniaga itu sendiri walhal barangan mentah juga semakin naik harga tetapi perlu dijual murah.
"Benda macam ini kalau buat di sekolah ataupun di kampus-kampus okaylah, ini buat untuk rakyat kuantiti yang besar. Ini bukan idea yang bernas," katanya.
"Alhamdulillah lah, ok lah murah asyik nasi bujang saja" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-ratanya tidak bersetuju dengan lelaki tersebut dan memberikan reaksi masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 360.1K views, 9,758 likes dan 2,828 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!