Photographer Tepuk Kepala, Tetamu Selamba Jalan Depan Kamera Masa Nak Shoot Pengantin
Aduhai, spoil.
Hari perkahwinan merupakan momen indah yang paling tidak dapat dilupakan oleh setiap pasangan
Sudah pasti pelbagai persiapan sudah dilakukan pada hari bersejarah ini. Antara perkara penting adalah jurugambar dan juruvideo di majlis tersebut. Hal ini kerana mereka adalah orang penting dalam merakam momen indah kita nanti.
Namun, lain pula terjadi dalam video ini apabila seorang jurugambar menepuk kepalanya disaat seorang tetamu lalu di depan pengantin telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tetamu selamba lalu masa nak rakam momen pengantin
Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan. Dapat dilihat juga jurugambar sudah bersiap sedia untuk merakam momen indah itu.
Namun, semasa pengantin mula berjalan masuk, muncul seorang tetamu datang dari arah depan untuk merakam momen itu sekali.
Perkara itu membuatkan jurugambar tersebut seperti marah dan menepuk kepalanya kerana kejadian itu.
Lihat video asal itu di bawah:
"Every photographers worst nightmare. Non thinking people" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan faham akan situasi tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.5M views, 707.8K likes dan 6,258 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!