seismik

Ini Respon KJ Terhadap Isu 'Tak Boleh Rakam' Selepas Sah Pegang Jawatan Menteri Kesihatan

Itulah lain kali jangan memadai.

Cover image via Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular di media sosial baru-baru ini apabila video seorang penerima vaksin dihalang seorang petugas untuk membuat rakaman mendapat suntikan vaksin

Isu berkenaan menjadi tular selepas dimaklumkannya dihalang petugas tersebut gara-gara Khairy Jamaluddin (KJ) sudah letak jawatan sebagai menteri.

Begitupun, larangan berkenaan hanya berlaku di PPV berkenaan manakala PPV lain masih lagi dibenarkan untuk membuat rakaman menurut netizen lain yang mendapatkan vaksin.

Tidak menunggu lama selepas dilantik sebagai Menteri Kesihatan Malaysia yang baharu, KJ tampil dengan sebuah ciapan ringkas terhadap isu yang berlaku sekaligus menjadi antara tweet terawal beliau selepas menyandang jawatan itu.

Lihat ciapan penuh KJ terhadap isu berkenaan di bawah:

Ciapan ringkas beliau dengan memberi salam sekaligus secara tidak langsung membuat para netizen terhibur

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan respon yang lucu dan mencuit hati.

Malah ada yang beranggapan petugas tersebut dalam ‘bahaya’ berikutan lantang melarang penerima vaksin membuat rakaman kerana KJ sudah meletak jawatan pada ketika itu.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:

Sementara itu, berikut di bawah adalah senarai penuh Kabinet Malaysia 2021 yang diumumkan oleh Perdana Menteri:

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan terbaru Malaysia!

Semoga dapat jalankan tugas yang telah diberikan dengan amanah, demi rakyat dan negara.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: