Ini Senarai Website & Aplikasi Boleh Bantu Anda Elak Hadap ‘Jammed’ Di Jalan Raya
Boleh cuba check it out!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda pulang ke kampung halaman di musim perayaan ini, ini adalah empat platform panduan yang boleh anda gunakan untuk elak kesesakan lalu lintas
1. Aplikasi PLUS
PLUS mengendalikan tujuh lebuh raya utama di seluruh Malaysia, iaitu:
- Lebuhraya Utara-Selatan (NSE)
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
- Lebuhraya Utara-Selatan Central Link (NSECL)
- Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
- Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
- Jambatan Pulau Pinang
Jika anda menggunakan mana-mana laluan ini, penggunaan aplikasi PLUS boleh membantu anda merancang perjalanan dengan lebih baik, di mana ia mempunyai ciri yang membolehkan pengguna memilih tarikh dan masa perjalanan bagi melihat ramalan keadaan trafik.
Aplikasi ini membolehkan anda melihat rakaman CCTV lebuh raya secara langsung, membolehkan pengguna menyemak keadaan trafik dalam masa nyata dan mengelakkan kawasan sesak.
Anda juga boleh mengira jumlah tambang tol, mendapatkan maklumat tentang perhentian R&R yang akan datang, mencari stesen pengecasan EV dan pelbagai lagi.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di platform Google Play Store di SINI dan Apple App Store di SINI.

2. Laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia menawarkan ciri yang serupa dengan aplikasi PLUS, tetapi dengan liputan yang lebih luas untuk lebih 30 lebuh raya di seluruh Malaysia.
Untuk menyemak keadaan trafik, pilih 'Paparan CCTV Lebuh Raya' di laman web dan pilih lebuh raya yang mahu dilihat. Anda akan dapat melihat imej yang dikemas kini secara berkala menunjukkan keadaan trafik semasa.
Laman web ini juga menyediakan pengira tambang tol, peta lebuh raya dan nombor hotline untuk setiap lebuh raya.
Layari laman web LLM di SINI.

3. jalanow.com
Jika anda sedang mencari platform ringkas dan mudah yang melangkaui lebuh raya, jalanow.com ialah sumber yang sesuai.
Laman web ini membolehkan anda melihat gambar trafik yang dikemas kini secara berkala bukan sahaja di lebuh raya, tetapi juga di jalan raya utama di Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta lebuh raya di seluruh negara.
Ia juga menyediakan harga petrol semasa dan nombor hotline lebuh raya.
Layari laman web tersebut di SINI.

4. Media sosial
Jika anda lebih gemar untuk tidak memuat turun sebarang aplikasi atau melayari laman web, platform media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan X adalah alternatif yang bagus.
Kedua-dua LLM dan PLUS berkongsi kemas kini trafik, saranan dan juga rakaman CCTV lebuh raya di saluran rasmi mereka.
Anda boleh menyemak halaman Facebook LLM di SINI dan saluran WhatsApp di SINI untuk kemas kini, manakala PLUS kerap menyiarkan maklumat trafik masa nyata di akaun X di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via