Insiden Remaja Hilang, Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia Tengah Hari Tadi

Mangsa dipercayai tersesat ketika menuruni bukit sendirian pada 10.50 pagi Sabtu lalu.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Insiden kehilangan remaja, Nur Izzati Humaira Azizul dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa akhirnya terjawab apabila mangsa ditemui meninggal dunia

Menerusi laporan Bernama, mangsa yang berusia 19 tahun yang hilang ketika aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, Perak sejak Sabtu lalu akhirnya ditemui meninggal dunia tengah hari tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan mayat mangsa ditemui kira-kira jam 11.59 tengahari tadi.

"Mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Pasukan SAR mengambil masa 20 minit membawa mayat ke PKTK menggunakan pengusung," katanya.

Mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

SAYS.com
Image via JBPM

Mangsa dipercayai tersesat ketika menuruni bukit sendirian pada 10.50 pagi Sabtu

Mangsa juga kali terakhir dilihat memakai tudung labuh coklat, baju lengan panjang hijau gelap dan seluar panjang hitam serta kasut biru.

Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum ini memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari keempat bagi mengesan Nur Izzati Humaira dimulakan 8 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu Azliza Ahmad berkata, skop pencarian hari ini diperluas merangkumi kawasan seluas 0.57 kilometer persegi dengan tumpuan diberikan di laluan sepanjang kira-kira 800 meter di bukit terbabit.

"Pasukan SAR turut membuat pencarian dalam jarak 50 meter ke kiri dan kanan laluan ke puncak bukit berkenaan dan turut membuat flushing di kawasan yang telah dicari semalam, bagi memastikan mangsa tiada di situ," katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: