seismik

Isu Boikot Kembali Hangat, Naim Daniel Pula Bersuara - “Bocor Ke Tak Bocor Islam Kau?”

Rakyat sedang giat memboikot artis yang tidak menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Cover image via Harian Metro & The Wall Street Journal

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu serangan ke atas Gaza telah membuatkan rakyat Malaysia bertindak untuk memboikot jenama-jenama pro-Israel

Baru-baru ini, trending #Blockout2024 di laman X yang mana di negara Amerika Syarikat sedang giat memboikot artis-artis yang tidak menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Antara artis termasuk Kim Khardashain, Ariana Grande, Taylor Swift, Justin Bieber dan ramai lagi artis yang tidak pernah bersuara tentang isu Palestin.

Sehubungan itu, netizen Malaysia di X juga membincangkan senarai nama artis Malaysia yang menurut mereka layak di'cancel' kerana bekerja dengan jenama pro-Israel.

Image via Kosmo

Naim Daniel tampil bersuara tentang isu boikot

Menerusi laman X, penyanyi dan pelakon Naim Daniel tampil mengutarakan pendapatnya.

"Pung pang kau suruh orang boikot itu ini atas nama Islam.

Tapi kau jatuh hukum sendiri, hina orang yang tak/belum berbuat demikian macam kau tak belajar adab dalam agama untuk jangan melampau.

Bocor ke tak bocor Islam kau?

 - Semoga kita tak berada dalam golongan “terpaling” tulisnya.

Susulan itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing

Berikut merupakan komen netizen di laman X:

Apa pendapat korang pasal isu ni?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: