Isu Imej AI, Zizan Tegur Netizen Jaga Batas Agama & Elak Guna Wajah Promosi Produk

Menurutnya, penggunaan imej seseorang bagi tujuan komersial sepatutnya dibuat dengan persetujuan pemilik gambar.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, media sosial dipenuhi dengan pelbagai versi gambar pelakon dan pelawak Zizan Razak yang disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI)

Ada yang menganggapnya sekadar hiburan, malah ramai turut menjadikan wajah pelawak itu sebagai bahan meme dengan kapsyen yang mencuit hati.

Namun, di sebalik fenomena tersebut, Zizan tampil mengingatkan orang ramai supaya tidak melampaui batas.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Zizan menjelaskan dia sememangnya seorang yang terbuka dan tidak kisah dijadikan bahan jenaka, namun semuanya perlu ada had.

"Assalamualaikum kepada seluruh warga internet dan mereka yang mengenali diri ini. Tujuan hantaran ini adalah untuk meluahkan dan memberitahu bahawa saya memang seorang yang 'sporting' dan juga 'fun', tetapi semuanya ada batas.

"Berkenaan gambar saya yang tular sejak beberapa hari lalu, disunting dan diubah menjadi kelakar itu boleh, tetapi biarlah berpada-pada dan tidak melanggar hukum agama Islam,"
katanya.

SAYS.com
Image via @zizanrazak869 (Instagram)Image via

Tegur pihak guna gambar untuk promosi produk tanpa izin

Dalam masa sama, pelakon Polis Evo itu turut menegur segelintir pihak yang didakwa menggunakan gambarnya untuk mempromosikan produk tanpa mendapatkan keizinan terlebih dahulu.

Menurutnya, penggunaan imej seseorang bagi tujuan komersial sepatutnya dibuat dengan persetujuan pemilik gambar.

"Selain itu, ada juga pihak yang mengambil kesempatan mempromosikan produk masing-masing tanpa meminta izin atau membuat bayaran.

"Pada pendapat saya, perkara itu adalah haram. Jadi renung-renungkanlah jika ingin berniaga secara halal,"
katanya.

Sebelum ini, wajah Zizan menjadi antara kandungan paling tular di Threads apabila pengguna media sosial menghasilkan pelbagai meme menggunakan teknologi AI.

Imejnya disunting dalam pelbagai situasi dan gaya kreatif sebelum dimuat naik bersama kapsyen ringkas yang menghiburkan, sekali gus mencetuskan trend dalam kalangan warga maya.

Walaupun menghargai kreativiti netizen, Zizan berharap kandungan tersebut tidak disalahgunakan sehingga menyentuh isu agama atau dimanfaatkan untuk tujuan komersial tanpa kebenarannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: