Isu Serangan Di Riyadh: MAS Batal Penerbangan Ke Tanah Suci, Jemaah Luah Kebimbangan

Perkara itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang berkongsi kebimbangan selepas menerima maklumat pembatalan penerbangan.

Cover ImageCover image via Kosmo! & Threads

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dan Madinah, Arab Saudi dilaporkan dibatalkan hari ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penumpang termasuk jemaah umrah

Menurut laporan Kosmo!, paparan papan maklumat penerbangan di KLIA menunjukkan penerbangan MH0156 ke Jeddah yang dijadualkan berlepas pada pukul 3.05 petang dan MH0158 ke Madinah pada pukul 5.10 petang tertera status dibatalkan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang berkongsi kebimbangan selepas menerima maklumat pembatalan penerbangan, termasuk penumpang yang mendakwa penerbangan mereka ke Jeddah pada hari berikutnya turut dibatalkan.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Malah, terdapat pengguna yang mendakwa operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah digantung sementara, selain berkongsi maklumat pembatalan penerbangan antarabangsa lain

Gangguan itu dilaporkan berlaku ketika ketegangan keselamatan di rantau berkenaan meningkat susulan beberapa serangan kumpulan Houthi dari Yemen terhadap lapangan terbang dan kemudahan strategik Arab Saudi.

Sebelum ini, Malaysia Airlines turut pernah menggantung sementara penerbangan ke Jeddah dan Madinah pada Mac lalu susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat akibat ketegangan keselamatan.

SAYS.com

Lihat perkongsian video Threads di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: