Jakel Teruskan Lagi Program 'Meet & Greet' Bersama Duta Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel
Pelanggan sekali lagi berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan duta Jakel.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hasil sambutan luar biasa dalam kalangan pelanggan, gedung tekstil terkemuka negara, Jakel meneruskan lagi acara 'Meet & Greet' bersama dutanya di bangunan Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini
Acara tersebut diteruskan lagi ekoran sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada program Meet & Greet di Jakel Shah Alam pada 31 Januari lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pihaknya mengambil keputusan itu bagi tidak menghampakan pelanggan yang dikatakan terlepas peluang mendapatkan baucar diskaun pembelian baju Raya Aidilfitri di Shah Alam.
“Kita amat teruja dengan sambutan luar biasa tersebut, sejak pengumuman duta-duta Jakel dalam tempoh dua minggu lalu.
“Namun kami ada menerima maklum balas daripada umum yang mereka tidak berkesempatan mendapatkan baucar sekali gus berharap program Meet & Greet sebelum ini diteruskan lagi.
“Maka bagi menghargai pelanggan setia, kita anjurkan sekali lagi acara ini untuk beri peluang kepada pelanggan yang belum mendapatkan baucar diskaun tambahan 20 peratus yang akan diedarkan sendiri oleh duta-duta kami,” katanya.
Penganjuran 'Meet & Greet' kali ini akan dimeriahkan dengan kehadiran Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein, serta Anzalna dan keluarga.
Turut hadir sama, anggota kumpulan pelawak Senariounion, Upin & Ipin, TikToker Sallywho dan pasangannya.
Buka ruang niaga lebih luas dan berwajah baru di aras tiga bangunan Jakel Mall
Menurut Mohamed Faroz, pada sesi kali ini, pelanggan sekali lagi berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan duta.
Selain itu, beliau menambah, demi keselesaan pengunjung, pihaknya juga turut membuka ruang niaga lebih luas dan berwajah baru di aras tiga bangunan tersebut
“Ruangan baru ini menempatkan koleksi sedondon terkini untuk remaja belasan tahun, anak kecil serta Ibu.
“Ini semua demi keselesaan pelanggan seiiring dengan usaha kami untuk menyediakan ruang yang kondusif bagi mendapatkan koleksi terkini, menarik, fabrik berkualiti yang ditambah baik di Jakel.
“Sebab itu kita juga menyediakan parkir yang luas, tandas, tempat solat, kerana ini selari dengan moto kami tahun 2025 Mendonia bersama Jakel. ‘Jakel, Barulah Raya’,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohamed Faroz memberitahu, pelanggan juga boleh berbelanja dengan Easy Payment yang ditawarkan pihak Maybank, Affinbank, RHB Bank dan Bank Rakyat.
“Contoh jika belian RM500 mereka boleh bayar lima kali dan jika RM1,000, potongan bayaran adalah 10 bulan.
“Untuk tahun ini, kita juga menambah 5,000 kakitangan sambilan seluruh negara termasuk 1,500 di Jakel Mall bagi memperbaiki mutu perkhidmatan selain melancarkan urusan pelanggan.
“Kita turut mengalu-alukan lepasan sekolah, penuntut kolej unversiti untuk sertai kami sepanjang bulan Ramadhan ini, pada masa sama mempelajari selok belok perniagaan,” katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!