"Jamban" Ini Siap Ada Bluetooth Dan Boleh Keluarkan Suara. Hebat!
Setiap minggu, SAYS membawakan kisah-kisah 'random' pada hari Rabu dalam segmen Random Wednesday. Dan minggu ini, kami memaparkan kisah tentang jamban bersuara.
Anda pernah tengok "jamban" yang boleh mengeluarkan suara? Mesti tak pernah bukan?
Tetapi jika difikirkan, dengan kecanggihan teknologi masa kini, ciptaan sebegini tampak seperti tidak mustahil. Betul tak?
Ya, memang betul. Ini kerana, anda sudah pun boleh mendapatkan "jamban" bersuara ini yang turut dilengkapi dengan fungsi bluetooth.
Perkenalkan, Jambanz! "Jamban" pertama di dunia dengan sistem bluetooth yang boleh mengeluarkan suara.
Apa sebenarnya Jambanz ini? Jambanz merupakan jam tangan pintar keluaran terbaru yang berfungsi sebagai sebuah speaker mudah-alih yang dipakai pada pergelangan tangan.
Terdapat beberapa jam tangan pintar pada hari ini, dan kini sebuah speaker yang dipakai pada pergelangan tangan diperkenalkan, dan menggunakan nama produk yang agak janggal bagi pengguna di nusantara – Jambanz.
Speaker yang boleh dipakai pada pergelangan tangan ini boleh dihubungkan ke peranti mudah-alih anda menggunakan Bluetooth. Ia menyokong iPhone, iPad, iPod, dan juga peranti Android buat masa ini.
Mungkin agak janggal untuk memakai speaker pada pergelangan tangan bagi sesetengah orang. Oleh itu, pihak pembangun Jambanz mengatakan ia turut boleh dipakaikan pada basikal, motosikal dan sebagainya.
Jambanz hadir dengan pilihan warna jingga, hijau dan juga kelabu. Pengguna juga diberi pilihan untuk 'mix and match' warna mengikut kesukaan mereka.
Dengan menggunakan tagline 'slap, sync, jam', jam pintar ini sememangnya mudah untuk digunakan
Produk Jambanz ini disasarkan khas kepada golongan kanak-kanak. Namun begitu, orang dewasa juga sesuai untuk menggunakannya.
Mampukah anda menyebut "Jambanz" tanpa memikirkan tentang...