seismik

"Jangan Sampai Saya Jadi Azwan Ali, Habis Saya Maki" - 'Amaran' Dari Polis Ini Memang Win!

Degil sangat kenapa ni?

Cover image via Ajak Santero / Facebook

Kerajaan Malaysia secara rasmi telah memutuskan untuk membuat Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini

Perintah ini telah diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu dan ia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menangani wabak Covid-19 yang dilihat semakin kritikal hari demi hari.

Berikut merupakan beberapa perkara yang meliputi Perintah Kawalan Pergerakan tersebut:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuklah aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.
5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara/essential services.

Susulan daripada perintah ini, setiap penduduk juga dilarang untuk berada di luar rumah tanpa sebarang sebab yang kukuh, dan sebaliknya perlu kekal berada di dalam rumah sehinggalah wabak ini berjaya ditangani.

Namun hampir seminggu ia dilaksanakan, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil mudah akan perkara ini dan masih berkeliaran di luar rumah

"jangan sampai saya bertukar jadi azwan ali, kang semua saya maki" ahakz kita memerlukan Diva AA menjadi frontline dibahagian makian #CoronaVirus

Posted by Ajak Santero on Friday, March 20, 2020

Meskipun sudah dikawal ketat oleh polis, sesetengah individu ini seolah-olah bersikap 'terlalu berani' dan mengendahkan arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Justeru, pelbagai nasihat dan cara terpaksa dilakukan oleh pegawai polis bertugas semata-mata untuk memastikan rakyat memberikan kerjasama dan mengikut arahan mereka.

Seperti video yang dikongsikan di laman Facebook milik Ajak Santero ini, kelihatan pegawai polis sedang membuat rondaan di sebuah kawasan perumahan dan melihat masih ada penduduk yang berada di luar kawasan rumah.

Namun apa yang mencuit hati, di dalam video tersebut, kedengaran pegawai polis tersebut memberikan nasihat yang lain dari yang lain iaitu dengan memberikan peringatan berbunyi seperti ini: Jangan sampai saya jadi Azwan Ali, nanti habis saya maki. 

'Amaran' serta ayat yang digunakan oleh pegawai tersebut telah membuatkan rata-rata netizen yang menontonnya terhibur

Kadang-kadang nasihat yang terlalu lembut pun dah susah nak guna bila masyarakat masih bersikap degil. Semoga urusan semua frontliners ini sentiasa dipermudahkan hendaknya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: